Latest News

Friday 9 June 2017

Parlimen Tergantung Pengajaran Pilihan Raya Mengejut-United Kingdom


PILIHAN RAYA mengejut  United Kingdom yang diadakan pada 8 Jun 2017, merupakan pilihan raya yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Teresa May untuk mendapatkan  lebih banyak kerusi berbanding 330 kerusi parlimen yang dimenangi Parti Conservative pada pilihan raya tahun 2015. Namun, keputusan rakyat negara itu mengejutkan beliau, kerana keputusan pilihan raya menyebabkan parlimen tergantung.

Keadaan parlimen tergantung, apabila tidak terdapatnya  sebuah parti yang mencapai keputusan lebih separuh daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan. Bagi parlimen United Kingdom, jumlah separuh adalah 325 kerusi, manakala majoriti mudah 326 kerusi.

Memandangkan sudah 646 kerusi yang diumumkan dan semasa laporan ini ditulis, parti Conservative mendapat 315, manakala buruh 261, lain-lain parti 70,  dan masih berbaki 4 kerusi belum diketahui. Maka, keputusan pilihan raya itu jelas, tiada parti yang boleh diisytiharkan sebagai pemenang.

Pengalaman pilihan raya di United Kingdom itu, boleh menular di Malaysia, apabila pilihan raya mengejut diadakan, seperti mana diuar-uarkan banyak pihak. Kononnya selepas menyambut Hari Raya Puasa. Pada PRU-13 lalu, parti Barisan Nasional memang 133 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.  Keadaan parlimen tergantung, apabila tiada parti yang mendapat 112 kerusi. 

Berasaskan pergolakan pada anak syarikat Felda, FGV, di mana kawasan peladangan itu menyumbang lebih 50 kerusi parlimen. Jika sekiranya, pengundi kawasan Felda mengubah arah, sehinggakan 22 kerusi berpihak kepada pembangkang, maka pada situasi itu, dengan menganggap bahawa 89 kerusi pembangkang dapat dipertahankan, maka parlimen tergantung akan berlaku di Malaysia.

Dalam senario politik tanah air pada keadaan sekarang, keputusan pilihan raya United Kingdom, boleh sahaja berlaku di negara ini. Agar keputusan pilihan raya di UK tidak menular di Malaysia, maka para pemimpin BN khususnya parti UMNO perlu menyelesaikan “krisis” FGV secepat mungkin, sebelum peneroka FELDA terhasut oleh parti-parti pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook