Latest News

Saturday 10 June 2017

Pengajaran- Keputusan Pilihan Raya Britain


DI MALAYSIA, selepas keputusan PRU-13 diumumkan, di mana parti Barisan Nasional medapat 133 lawan pembangkang 89 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, parti pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke jalan membantah keputusan pilihan raya itu, dengan dakwaan bahawa kemenangan mereka telah dirampas. 

Hujah parti pembangkang pihak mereka yang menang, kerana mendapat unti popular (52%) berbanding BN (48%), tetapi satu (1) tidak merujuk kepada jumlah kerusi yang mereka perolehi.

Selama bantahan itu, parti pembangkang langsung tidak merujuk kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Iaitu sistem demokrasi berparlimen, di mana kemenangan berasaskan,  “First Past The Post Voting”. Melalui cara FPP, parti mana yang mendapat majoriti mudah, maka parti itulah diisytiharkan pemenang dan apabila tiada parti yang menang majoriti mudah, maka berlakulah "parlimen tergantung".

Pilihan raya Britain pada 8 Jun adalah contoh keputusan pilihan raya tergantung, apabila keputusan pilihan raya tiada parti yang menang. Parti Conservative pimpinan Teresa May pada pilihan raya Britain hanya mendapat 318 kerusi daripada 650 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Jumlah itu, kurang 8 kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah. Berasakan kepada keputusan itu, maka tiada parti yang boleh diistiharkan sebagai pemenang.

Walaupun tiada parti yang menang, namun parti yang mempunyai kerusi terbanyak dibenarkan membentuk kerajaan minoriti, dengan syarat bergabung dengan parti kecil, dalam perkara ini Teresa May memilih bekerjasama dengan Democratic Unionist Party (DUP) yang menang 10 kerusi parlimen.

Apa yang kita nampak menerusi pilihan raya Britain, walaupun tiada parti yang menang dan parti yang mendapat kerusi terbanyak dibenarkan membentuk kerajaan. Tiada pun pemimpin atau penyokong pembangkang turun ke jalan membantah keputusan itu. Sedangkan sudah jelas bahawa parti yang menubuhkan kerajaan tiada majoriti mudah.

Sistem pilihan raya Britain, sama dengan sistem pilihan raya di Malaysia. Di mana rakyat yang telah mendaftar sebagai pengundi sahaja yang boleh mengundi semasa pilihan raya.  

Namun di Malaysia, pihak-pihak yang kalah membuat berbagai dakwaan, kononnya para pengundi boleh dimanipulasi dan menggelarkan adanya pengundi “hantu”. Namun, selama 13 kali pilihan raya umum di negara ini, tiada satu pun pengundi hantu berjaya ditangkap dan tiada satu pun rakyat negara ini berjaya menangkap pengundi hantu tersebut.

Meskipun tidak pernah tertangkapnya pengundi hantu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperkenalkan dakwaat kekal dan setiap penggundi perlu dicalitkan dakwaat dijari bagi menggambarkan bahawa mereka itu telah mengundi. Maknanya, tiada pengundi yang mengundi berulang.

Pembangkang juga mendakwa, bahawa rakyat asing dibenarkan mengundi dengan cara memberikan mereka kad pengenalan untuk mengundi. Namun, setakat ini tiada satu orang pun rakyat asing pernah ditangkap, kerana mengundi melalui sistem pengundian negara berasaskan kepada Pusat Daerah mengundi (PDM). Kebiasaanya setiap pengundi pada pusat itu, saling mengenal antara satu sama lain, kerana mereka yang terdaftar pada pusat itu, juga biasanya tinggal satu kampung, paling tidak pun mempunyai keluarga di PDM itu.

Negara ini telah mengadakan 13 kali Pilihan Raya Umum sejak merdeka, ertinya pengalaman menjalankan pilihan raya sudah matang. Selain itu, sistem pilihan raya negara salah satu sistem pilihan raya yang diperakui banyak negara sebagai sistem pilihan raya yang telus dan teratur.

Negara akan berhadapan dengan PRU-14 dan pilihan raya itu akan diadakan paling lambat pada jun 2018. Masa itu, rakyat negara ini akan merayakan pesta demokrasi bagi kali ke-14. Apa yang perlu diambil iktibar oleh rakyat negara ini, jangan sampai berlaku parlimen tergantung seperti mana berlaku di Britain. Kerana, kalau itu berlaku suasana buruk bakal terjadi, kerana pemahaman demokrasi di negara ini masih mentah. Selain itu, ada pihak yang tidak mahu menerima keputusan demokrasi, kerana terbukti, selepas PRU-13 lalu, ramai rakyat dan pemimpin pembangkang turun ke jalan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook