Latest News

Saturday 17 June 2017

Penyelesaian Cukai Pelancongan


Oleh kerana kadar cukai pelancongan yang dicadangkan antara RM2.50-RM20 sehari bagi setiap pelancong yang menggunakan akomodasi yang disediakan penginapan seperti hotel. Sehinggakan cukai yang akan berkuat kuasa 1 Julai (pendaftaran) dan 1 Ogos (mula mengutip), menimbulkan perbalahan antara Persekutuan dan Sabah serta Sarawak, maka penyelesaian kepada perbalahan itu, adalah menukar cara mengutip cukai itu.

Cara yang paling adil adalah kutipan cukai itu melalui pintu masuk ke negara ini, kerana setiap pelancong sudah dikenal pasti, lamanya mereka berada dalam negara. Melalui cara ini, maka sepertinya ada “one stop centre” kerana, hanya satu agensi yang mengutip cukai tersebut. 

Agensi yang boleh dilantik mengutip cukai itu, boleh diwakilkan kepada Jabatan Imigresen, kerana agensi itulah yang berdepan pertama kali dengan pelancong asing.  Melalui cara ini juga, boleh mengelak, mengenakan cukai kepada rakyat tempatan yang terpaksa menginap di hotel-hotel, bukan urusan melancong tetapi urusan keperluan, misalnya atas tuntutan kerja, urusan keluarga dan sebagainya.

Pelancong  Kadar (RM)  RM  Stay  RM  %  RM
                   31,800,000   2.5                     79,500,000   3        238,500,000   0.4        95,400,000 
   5                  159,000,000   3        477,000,000   0.3      143,100,000 
   15                  477,000,000   3    1,431,000,000   0.15      214,650,000 
   20                  636,000,000   3    1,908,000,000   0.15      286,200,000 
                      739,350,000 

Menerusi penukaran cara mengutip cukai (jadual sebagai contoh), memungkinkan jumlah cukai pelancongan yang bakal dikutip akan lebih tinggi daripada anggaran Kementerian Pelancongan negara, iaitu RM660 juta, jika 60% daripada 11 juta bilik penginapan di negara ini.

Tahun 2017, dianggarkan jumlah pelancong asing yang datang ke negara ini adalah 31.8 juta. Jika setiap pelancong  berada tiga malam di negara ini, dengan peratusan bentuk akomodasi yang bakal mereka menginap seperti peratusan (jadual), maka jumlah kutipan cukai pelancong, bukannya RM660 juta melainkan lebih RM700 juta. Anggaran di atas adalah paling munasabah, kerana taburan jenis inapan akan berlegar-legar pada peratusan seperti pada jadual tersebut.

Penukaran cara kutipan ini, sebenarnya adalah cara menang-menang, kerana pihak perhotelan tidak perlu lagi “adjust” sistem mereka dan pada masa yang sama, pihak kerajaan hanya berurusan dengan agensi yang dilantik mengutip cukai tersebut. Fikir-fikirkan lah!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook