Latest News

Saturday 3 June 2017

Perlantikan Naib Canselor UMS- Bukan Berunsur Kenegerian


Kenyataan Ketua Menteri Sabah berkaitan Naib Canselor UMS yang bakal menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah hendaklah daripada rakyat Sabah, bukan dilihat berunsur kenegerian. Walaupun kelihatannya demikian, kerana kenyataan itu berasaskan fakta lapangan bahawa terdapatnya rakyat Sabah yang mempunyai merit untuk dilantik pada jawatan itu.


Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah satu universiti yang telah lama diperjuangkan oleh rakyat Sabah. Pengwujudan universiti itu, merupakan mercu tanda perjuangan rakyat Sabah termasuk para pemimpin negeri. Melihat kepada perjuangan rakyat Sabah itu, maka apabila rakyat Sabah menerajui universiti itu. Ia akan terus menyalakan lagi semangat perjuangan itu, dan penyandang jawatan itu termotivasi untuk membawa nama dan kedudukan universiti ke mercu kejayaan.

Hakikat yang perlu diterima, seperti mana kata simpulan bahasa, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Keadaan inilah yang bakal dipikul rakyat Sabah yang menduduki jawatan Naib Canselor. Rakyat Sabah yang menduduki jawatan Naib Canselor tidak akan sama, jika jawatan itu dijawat atau diisi oleh rakyat daripada negeri lain. Kerana individu itu tidak membawa bebanan perjuangan rakyat Sabah berkaitan penubuhan universiti itu.

Pada tahun 1990, apabila parti Barisan Nasional Sabah merupakan parti pembangkang di Sabah telah berikrar. Jika rakyat Sabah memberi sokongan kepada parti dan dapat membentuk kerajaan negeri, maka sebuah universiti untuk Sabah akan dibangunkan. Atas semangat rakyat Sabah itulah, mendasari kenyataan Ketua Menteri Sabah, bahawa jawatan Naib Canselor UMS perlulah diisi oleh rakyat Sabah. kerana beliau tahu, terdapatnya ramai rakyat Sabah mempunyai kelayakan dan kemampuan menduduki jawatan tersebut.

Kejayaan sesebuah universiti bukan sepenuhnya terletak pada jawatan Naib Canselor, akan tetapi terletak pada semua warga universiti, termasuklah pelajar dan bakal-bakal pelajar. Jika kualiti warga universiti dapat dihandalkan atau diutamakan, maka semakin berkembang majulah universiti itu. Namun, jika warga universiti tidak mencapai kualiti yang diharapkan, jika Naib Canselor berkelayakan dari Universiti "Harvard" sekalipun, tidak akan kemana-mana.

Perlantikan jawatan Naib Canselor UMS perlulah rakyat Sabah, kerana individu itu membawa misi bersama beliau harapan rakyat Sabah, kerana didasari semangat, BETAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook