Latest News

Monday 5 June 2017

Pihak Tertentu Mainkan Isu Jeti Nelayan Kg

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah sudah maju, berikan TEPUKAN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SEBENARNYA, kalau difikirkan betul-betul, jeti itu bukan kegunaan rakyat majoriti, kerana jeti itu hanya digunakan oleh sedikit penduduk yang ke laut dalam masa-masa lapang untuk memancing atau memukat.

Pembinaan jeti itu suatu masa lalu, hanya berasaskan peruntukan “one-off” bukannya satu kemudahan yang mempunyai bajet penyelenggaraan secara berulang. Oleh kerana, jeti itu mendapat peruntukan secara “one-off”, maka jika dipohon semula, boleh sahaja penyelenggaraannya bersumber daripada peruntukan parlimen atau kerajaan tempatan. Dalam perkara ini Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK) dan sudah tentunya, penyelenggaraannya sangat bergantung kepada ketersediaan peruntukan kewangan.

Hakikat yang perlu diterima maklum, sesuatu kemudahan yang tidak termasuk kemudahan asas dan bukan termasuk dalam kemudahan yang mempunyai peruntukan berulang. Seperti mana jeti nelayan itu, maka setiap penyelenggaraan baru perlu dipohon semula dan permohonan itu, sangat bergantung dengan ketersediaan peruntukan.

Melihat kepada jawapan MP Sepanggar, Datuk Jumat Idris, nampak gayanya peruntukan parlimen pun tidak tersedia. Atas sebab itu, beliau memanjangkan perkara itu kepada DBKK. Di lain pihak DBKK sebenarnya, boleh sahaja membaiki jeti itu jika peruntukan tersedia. 

Memang benar, bahawa jeti itu diperlukan oleh segelintir penduduk yang kadang kala ke laut. Namun, jeti itu bukanlah keperluan utama, atau penghalang mereka ke laut. Sama ada jeti itu wujud atau tidak, tiada impak kepada mereka yang ke laut, kerana jeti itu bukanlah tempat pendaratan ikan, sebaliknya hanya laluan biasa. 

Penduduk yang menjadikan jeti itu sebagai maskot untuk mengecam kerajaan. Sebenarnya tiada merit, kerana perjuangannya bukan untuk rakyat majoriti, akan tetapi untuk kepentingan dirinya dan segelintir kawan-kawannya.  

Sebenarnya jika sumber kewangan untuk menyelenggara jeti tersedia, maka kerajaan akan melaksanakannya. Sebab itulah suatu masa lalu, kerajaan mengeluarkan peruntukan membina jeti itu.

Atas sifat pembinaan jeti berasaskan “one-off”, maka jika berlaku kerosakan, maka jalan penyelesaiannya adalah melalui gotong royong. Namun, disebabkan jeti itu bukan keperluan penduduk kampung itu, maka tiada sambutan berkaitan tindakan gotong royong.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook