Latest News

Tuesday 6 June 2017

PRU-14 Sabah: Calon Lama Dan Baru


APA yang pasti, parti Barisan Nasional Sabah akan mengemukakan 21 calon-calon baru pada PRU-14 yang menjelang tiba, 16 calon bagi peringkat DUN dan 5 bagi peringkat Parlimen. Sabah mempunyai 60 kawasan DUN, jika persempadanan semula tidak digunapakai. Sementara kawasan Parlimen tetap 25 kawasan.

Pada PRU-13 lalu, parti Barisan Nasional menang 48 berbanding pembangkang 12 pada peringkat DUN, manakala di peringkat parlimen, gabungan 13 parti itu menang 22 berbanding pembangkang 3.

Pada PRU-13 lalu, hanya satu kawasan majoriti Bumiputera Islam di peringkat DUN dimenangi pembangkang, iaitu DUN Klias melalui Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, sementara di kawasan majoriti KDM dan cina 11. Bagi peringkat parlimen, dua kawasan Cina dan satu KDM terlepas ke tangan pembangkang.

Di kawasan Parlimen Semporna, Sulayaban, Tungku yang dimenangi parti BN pada PRU-13 lalu akan mendapat calon baru. Kerana wakil rakyat di kawasan itu telah melompat kepada parti pembangkang, manakala DUN Tungku pula penyandangnya telah meninggal dunia.

Selain itu, DUN Balung, Tawau akan mendapat calon baru, kerana dipercayai penyadang kawasan itu, Datuk Seri Panglima Haji Syed Abas Syed Ali yang kini merupakan Speaker DUN Sabah, telah menyatakan hasrat, bahawa PRU-13 lalu merupakan kali terakhir beliau menyertai pilihan raya. Demikian juga, bagi DUN Tambunan dan Parlimen Keningau akan mendapat calon baru, kerana penyandangnya, Tan Sri Pairin Kitingan tidak lagi menyertai pilihan raya pada PRU-14.

Memang di atas kertas, seramai 21 calon baru parti Barisan Nasional BN, namun jumlah itu akan bertambah, ekoran beberapa penyandang akan bersara daripada dunia politik, selain pergantian atau pertukaran perlu dilakukan, kerana pertimbangan “winnabale candidate”.

Pucuk pimpinan memang mengakui ada wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan tertentu “under performed” sehinggakan perlu diganti, kerana jika dicalonkan, mereka itu akan menjadi “casualty” kepada pencapaian parti Barisan Nasional.

Pada PRU-14 Sabah akan datang, tumpuan utama adalah di kawasan-kawasan majoriti KDM dan Cina, kerana indikator pada PRU-13 lalu, kawasan-kawasan itu mempunyai kencederungan berpihak kepada parti-parti pembangkang. 

Selama sepenggal, parti Barisan Nasional telah mengenal pasti, punca-punca kecenderungan itu, dan akan dibuktikan pada PRU-14, apakah pendekatan parti Barisan Nasional berjaya meneutralisasikan kecenderungan itu.

Melihat kepada pendekatan kerajaan khususnya di kawasan-kawasan sedemikian, pengundi di kawasan-kawasan itu, perlu berfikir secara matang, bahawa kerajaan yang ada benar-benar mendengar degup jantung rakyat, bukan sahaja di kawasan-kawasan demikian, akan tetapi meliputi seluruh negeri.

Tindakan turun padang yang diamalkan pemimpin parti Barisan Nasional, khususnya Ketua Menteri dan Perdana Menteri, mencerminkan bagaimana kerajaan membela rakyat. Acara turun padang bukan sahaja mendegar permasalahan rakyat, akan tetapi menyelesaikannya. Berbeza dengan cara pemimpin pembangkang yang keluar masuk kampung, hanya membawa janji-janji bulan bintang dan ditambah dengan  politik kebencian dan fitnah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook