Latest News

Tuesday 20 June 2017

Saman DOJ- Muslihat Jahat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jika kamu kecurian jangan pandai2 report polis nanti kamu yang masuk lokap... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MENGAPA saman DOJ Amerika Syarikat dikatakan berniat jahat? Sebabnya dakwaan Jabatan Kehakiman itu hanya berbentuk dakwaan semata-mata. Saman itu berbentuk kenyataan akhbar berdasarkan aduan awam. 

Selagi dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan dan hanya mahkamah boleh menentukan apakah terdapat prime face. Bagi saman DOJ ini, bukan sahaja mahkamah belum menerimanya sebagai satu dokumen, juga tiada tanda-tanda pemula membicarakannya.

Buitran saman DOJ ini seluruhnya bersifat inuendo (sindirian), sebab itulah pihak DOJ tidak melaksanakan pendakwaan, walaupun saman yang sama sudah diulang 2 kali, pertama pada 20 Julai 2016 dan kedua pada Khamis 15 Jun 2017. Lazimnya jika ada bukti bagi setiap dakwaan, sudah tentu pendakwaan langsung terhadap tertuduh akan dijalankan. 

Senarai harta yang dicadangkan untuk dilucut hak, kerana didakwa ada hubung kait dengan  Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat, namun sehingga  sekarang, tiada siapapun didakwa.

Jabatan Peguam Negara Malaysia  sudah membuat kenyataan tidak menerima sebarang permintaan daripada DOJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti dan kenyataan kedua yang difailkan itu.

Hakikat yang perlu diterima, apabila sesebuah badan kehakiman seperti DOJ mewakili sesebuah entiti maka perlu merujuk kepada pihak yang diwakili. Pengertian ini adalah sama, jika seseorang peguam mewakili seseorang di mahkamah, maka seseorang itu perlulah jelas. Namun, apa yang berlaku dengan saman DOJ, pihak 1MDB yang kononnya mahu diwakili, tidak pun terlibat langsung. DOJ mendakwa, bahawa pihaknya  mewakili PENGADU, entah siapa pengadu itu.

Yakinlah, bahawa saman DOJ itu, hanya mahu menimbulkan persepsi buruk terhadap Perdana Menteri, samalah dengan menuduh seseorang yang mati pucuk telah merogol seorang wanita dan wanita itu mengandung anak lelaki mati pucuk itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook