MELIHAT pada komen-komen di laman sosial, berkaitan cukai pelancongan, nampaknya mereka yang memberi komen itu, bukanlah pelancong, akan tetapi rakyat biasa, yang hanya memikirkan sesuatu tambahan kos itu membebankan.
Jika ada sesiapa yang membaca tabiat pelancong, maka apabila membaca semula komen-komen mereka itu, ianya bukan faktor pun yang mendorong atau penghalang kedatangan pelancong.
Pelancong adalah sebahagian besar manusia-manusia yang mempunyai lebihan pendapatan atau lebihan masa untuk “berjoli” atau “menghibur hati”, atas sebab itu, destinasi pelancong tidak terhad pada bandar-bandar murah, akan tetapi bandar-bandar mahal seperti Tokyo, London, New York atau Paris.
Destinasi pelancong, sangat bergantung kepada produk pelancongan, juga bergantung kepada citarasa pelancong. Mengapa Sabah menjadi destinasi pelancong China, Korea dan Jepun? Sebabnya para pelancong itu, lebih gemar melihat keadaan semulajadi. Mereka yang tidak gemar melihat keindahan semula jadi, tidak akan bakal datang ke Sabah, sebaliknya ke bandar-bandar besar.
Lihat sahajalah, penduduk Sabah yang mempunyai lebihan pendapatan, mereka tidak akan membawa keluarga mereka melawat Lembah Danum, akan tetapi ke London atau Paris. Sebab itu, difacebook kita kerap melihat mereka-mereka itu bergambar-gambar dengan bangunan-bangunan di kota-kota besar.
Jika kos penginapan adalah pertimbangan, maka mungkin tiada pelancong datang ke London atau kota-kota mahal. Jangan berhujah, kerana kos penginapan naik, maka pelancong tidak datang, kerana hujah itu sangat relatif. Bayangkan, begitu hebatnya, laporan berkaitan keselematan di Pantai Timur Sabah, termasuk penculikan rakyat asing. Namun, kedatangan pelancong di kawasan itu bukan berkurang, akan tetapi terus bertambah. Maknanya, pelancong sangat bergantung kepada cita rasa, dan perkara lain termasuk keselamatan adalah perkara kedua, apatah lagi berkaitan kos!!!.
Ambil contoh berkaitan kedatangan pelancongan di negara ini. Walaupun Sabah mempunyai isu keselamatan, namun kedatangan pelancong adalah kedua terbanyak selepas Kuala Lumpur, Mengapa? Sebab produk pelancongan di Sabah menarik!!!
0 comments:
Post a Comment