Latest News

Tuesday 25 July 2017

Anti-Malaya, Kerana Hilang Peluang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Usaha pembangkang untuk 'membrexitkan'... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
KALAU dikaji betul-betul, mereka yang anti Malaya, adalah mereka yang kehilangan kuasa, kehilangan peluang untuk diri sendiri.

Manakala mereka yang termasuk dalam parti DAP, suka sangat menjadi pembangkang, kerana mereka mendapat sokongan daripada para peniaga. Para peniaga ini, mendapat peluang yang luas, apabila kerajaan terpaksa mengurangkan hak-hak bumiputera.

Para pemimpin DAP sebenarnya, jauh lebih kaya daripada para pemimpin yang berada dalam parti pemerintah, sebabnya, para pemimpin DAP mendapat sumbangan kewangan yang tidak terhad daripada syarikat-syarikat penyokong DAP.

Lihat sahaja, mengapa pembangkang anti sangat terhadap GST? sebabnya, GST yang dikutip perlu dibayar kepada kerajaan, kerana hak itu adalah hak kerajaan. Sebelum GST, hanya 60,000 syarikat di negara ini membayar cukai kepada kerajaan, manakala lebih 500,000 tidak membayar. Lebih 500 ribu itu “enjoy”  berdekad lamanya, di mana mereka sentiasa melaporkan ke LHDN, perniagaan mereka tidak untung, akan tetapi para pemilik kaya raya. Namun, selepas GST, kutipan GST, mereka tidak dapat miliki. Siapa yang tidak marah, kalau wang yang masuk dalam syarikat, terpaksa keluar semula.

Syarikat-syarikat yang termasuk dalam 500 ribulah penyokong DAP, sebab itu, para pemimpin DAP anti sangat terhadap GST.

Para pemimpin seperti Tun Dr Mahathir, Muhyiddin Yassin, sebenarnya tahu perkara ini, akan tetapi kerana mabuk berkuasa semula, maka pura-pura tidak tahu. Mereka menjadi tali barut DAP, menjadi kuda tunggangan DAP, malah di Sabah, rakyat tidak sedar, bahawa mereka juga dipergunakan oleh para pemimpin yang hilang kuasa, yang mahu berkuasa semula.

Kalau rakyat Sabah, teliti betul, para pemimpin pembangkang Sabah, kaya raya, kerana semasa berkuasa dulu bukan sahaja menipu parti yang disertai akan tetapi rakyat. Mereka tidak menjalankan amanah, mereka hanya mengaut sebanyak mungkin wang, untuk kepentingan peribadi.  Contoh, Datuk Shafie Apdal, sebagai pegawai kerajaan, tidak mungkin sekaya itu, kerana berapa sahaja gaji sebagai pegawai kerajaan.

Para pemimpin kerajaan yang ada, adalah para pemimpin yang bersedia membela rakyat, sebab itu, bernai mengatakan, bahawa jika rakyat terpengaruh dengan dakyah pembangkang, ertinya, rakyat bersetuju membantu para pemimpin itu merompak hak-hak rakyat.

Sebagai contoh, semasa pemerintahan PBS, bagaimana Dr Jeffery tiba-tiba jadi jutawaan? kerana jadi jutawaan, maka selama 9 tahun rakyat Sabah menderita, Sabah jatuh miskin.

Sabah, hanya mula membangun bermula tahun 2003, dan hanya pada tahun 2010, Sabah dapat mengumpul wang simpanan sehingga RM3bilion, sedangkan sebelum itu Sabah hampir muflis.

Bayangkan jika pembangang menang di Sabah, dan pemimpin yang hampir memufliskan Sabah menjadi pemimpin, maka rakyat bukan sahaja jatuh miskin juga negeri.  Kepada rakyat Sabah, jangan sama sekali dipatuk ular daripada lubang yang sama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook