Latest News

Friday 21 July 2017

Apa Perlunya Pujuk Datuk Seri Mohd Shafie Apdal?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PUJUK SHAFIE... Oleh FB Ismaily Bungsu Sabah (screenshot)

SEJAK merdeka, kekuatan seseorang Perdana Menteri, apabila parti UMNO terus menyokong. Tiada Perdana Menteri negara ini, tergoyah, apabila parti UMNO masih menyokong.

Sokongan parti UMNO dilihat daripada sokongan Ketua-Ketua Bahagian selain Ahli Majlis Tertinggi.

Pada rabu lalu, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden parti, telah menerima sokongan padu daripada 191 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara. Menerusi sokongan itu, menunjukkan bahawa sokongan terhadap Perdana Menteri ke-6 negara itu tetap teguh.

Menerusi sokongan padu daripada Ketua-Ketua Bahagian itu, membawa erti bahawa sokongan 3.5 juta ahli masih kukuh. Ahli UMNO merupakan sebahagian daripada 14 juta pengundi negara ini.

Memang daripada segi jumlah ahli parti UMNO, tidak memungkinkan parti BN menang pilihan raya, namun sokongan parti-parti komponen, khususnya daripada parti Barisan Nasional Sarawak dan Sabah. Selain sokongan sekurang-kurangnya 10 peratus parti-parti komponen lain, membolehkan parti Barisan Nasional mendapat undi separuh daripada jumlah pengundi keseluruhan.

Kelebihan parti Barisan Nasional (BN) adalah menerusi  kawasan-kawasan luar bandar, walaupun jumlah pengundi yang lebih rendah, akan tetapi mempunyai banyak kerusi.

Melihat sokongan padu Ketua-Ketua Bahagian UMNO, nampak gayanya, 88 kerusi parlimen yang dimenangi calon-calon UMNO pada PRU-13, bukan sahaja dapat dipertahankan, akan tetapi kemungkinan merampas semula kawasan-kawasan yang kalah pada PRU-13 lalu.

Di atas kertas, parti UMNO pada PRU-14, akan menang antara 90 hingga 95 kawasan parlimen. Jika jumlah itu ditambah kerusi parlimen yang dimenangi BN Sarawak 25, maka BN dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, itupun belum mengambil kira sumbangan parti-parti komponen Sabah.

Kalau diambil kira sumbangan BN Sabah secara keseluruhan, BN akan menang sekurang-kurangnya 135 kerusi. Jumlah itu sudah cukup kuat untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Pada PRU-14, status kekuatan pembangkang akan tertumpu pada parti DAP, diikuti PKR dan PAS, sementara parti PPBM dan Amanah, kemungkinan besar kosong kerusi, demikian juga di Sabah, jika pun parti pembangkang mendapat kerusi, hanya melalui parti DAP, di kawasan tradisi parti chauvinis itu.

Pada PRU-14, Presiden PPBM dan Timbalannya, akan kalah di kawasan masing-masing, sementara seluruh calon-calon Amanah akan tewas kepada calon-calon PAS atau BN.

Jika parlimen seperti Shah Alam dan Gombak ditawan BN, maka ianya sebahagian daripada 95 kerusi yang bakal dimenangi calon-calon UMNO.

Di Sabah, Parti Warisan Sabah, akan mengikuti jejak parti Bersekutu dan Akar, hanya menang sorak. Jadi, apa sebab Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak memujuk Datuk Seri Mohd Shafie Apdal!!!! Bagi Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, biarlah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terjun dengan labuh-labuhnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook