Latest News

Thursday 20 July 2017

Banjir Di Kota Belud Apa Kaitannya Dengan Pemimpin?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 2 Menteri penuh Federal berasal KB... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

BANJIR Kota Belud tiada kena mengena dengan pemimpin, mengapa? Banjir merupakan fenomena alam. walaupun banjir merupakan fenomena alam, perlu juga diketahui, mengapa Kota Belud kerap dilanda banjir sejak 10 tahun lalu, berbanding sebelum ini.

Bagi mereka yang lahir lebih 60 tahun lalu, masih ingat perlombongan tembaga di Mamut Ranau. Akibat perlombongan itu, berjuta tan tanah telah mengalir ke Sungai Kedamaian dan Sungai Tempasuk. Akibat mengalirnya jutaan matrik tan tanah itu, maka telah mengakibatkan menceteknya dua sungai tersebut akibat pengendapan atau pemendapan. Selain itu, akibat pemanasan global berlaku juga kenaikan paras laut. Dua faktor itulah penyebab utama, mengapa hujan sahaja, menyebabkan air melimpah dan menyebabkan banjir kilat.

Penyebab lain kepada banjir kilat yang kerana sistem perpartian yang kecil dan kerap tersumbat, selain susun atur pembinaan rumah-rumah oleh pemilik tanah, yang menjalankan penimbusan tanah, juga menjadi penghalang kepada aliran air.

Orang yang bukan berasal daripada Kota Belud, sudah tentu tidak faham bentuk muka bumi Kota Belud, dan hanya tahu memberi komen jelik, sedangkan penduduk Kota Belud tahu betul, punca berlakunya banjir.

Mengatasi banjir Kota Belud, tiada tekonologi atau pemimpin yang boleh mengatasinya, kecuali melalui tindakan PENDALAMAN SUNGAI KEDAMAIAN DAN TEMPASUK, SELAIN MEMASANG PAM BERKAPASITI BESAR DI MUARA SUNGAI UNTUK MENGHISAP/MENYEDUT AIR DIPAKSA DIALIRKAN KE LAUT. Jika tindakan itu diambil, maka bukan ratusan juta ringgit diperlukan akan tetapi bilion. Kerajaan kena menjalankan "comparative advantage" sebelum menempoh pendekatan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook