Latest News

Wednesday 12 July 2017

Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), Kecurangan Sebelum Ini

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau YB DUMBNO lupa... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

SEBENARNYA, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Persekutuan telah menyediakan RM3.3 bilion daripada tahun 2010-2015 untuk menyelesaikan bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) di Sabah. Namun, seperti mana rakyat ketahui, pada Oktober 2016, telah terbongkar bahawa sebahagian dana itu telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang telah diberi tanggungjawab berkaitan dana dan pelaksanaan penyediaan kemudahan asas tersebut. Kementerian KKLW diterajui oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden Parti Warisan Sabah sebelum beliau dipecat daripada kabinet pada Julai 2015.

Apabila kerajaan negeri menyedari bermula tahun 2013, bahawa pembinaan kemudahan asas luar bandar seperti BALB termasuklah di kawasan Lumadan, tidak dibina seperti mana perancangan. Sedangkan dana untuk itu telah digunakan seperti mana laporan KPI kementerian KKLW, maka Kerajaan Negeri Sabah merasa curiga. Sebabnya, keluhan rakyat luar bandar berkaitan BALB semakin bergema, atas sebab itu, pihak kerajaan negeri menjalankan penyelidikkan lapangan dan terbukti juga, bukan sahaja kawasan Lumadan, akan tetapi banyak lagi kawasan-kawasan yang sepatutnya penyediaan BALB sudah selesai, tetapi, di lapangan bukti-bukti tidak didapati. Berasaskan kepada keadaan demikian, maka pihak kerajaan negeri meminta pihak-pihak yang mempunyai kuasa penyiasatan, termasuk SPRM menjalankan siasatan berkaitan dengan BALB, dan hasilnya seperti mana operasi SPRM yang didedahkan pada Oktober 2016.

Membina BALB, memerlukan dana yang besar, kerajaan negeri perlu mendapat bantuan kerajaan Persekutuan, atas sebab itu, hanya melalui Kementerian Persekutuan yang mempunyai dana dapat membantu penyelesian BALB di Sabah.

Rakyat kawasan luar bandar di Sabah, termasuk kawasan Lumadan, nampaknya, terpaksa menunggu lagi kerana peluang itu sepatutnya sudah diselesaikan antara tahun 2010-2015, namun akibat tindakan pihak-pihak tertentu yang tidak amanah, maka bukan sahaja rakyat dirugikan akan tetapi negeri, malah kerajaan negeri terpalit atas tindakan pihak-pihak tertentu itu. Keluhan pengguna facebook itu, bagi pihak penduduk Lumadan, memang telah dijangka.

Pihak Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, memang telah maklum berkaitan masalah-masalah yang dihadapi rakyat luar bandar berkaitan BALB termasuk juga kawasan Lumadan.  Kerajaan negeri, sedang bertungkus lumus berbincang dengan kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan dana yang diperlukan, untuk menyelesaikan BALB bukan sahaja di kawasan Lumadan, akan tetapi kawasan-kawasan lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook