Latest News

Sunday 9 July 2017

Bersoraknya Penyokong PKR-Tun Mahathir Sokong Anwar Jadi Perdana Menteri


PENYOKONG PKR sempat bergembira selama 48 jam akibat kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad di London, bahawa mantan Perdana Menteri itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, jika Pakatan Harapan dapat menumpaskan Barisan Nasional pada PRU-14 akan datang.

Namun pada Jumaat di Kuala Lumpur, mantan Perdana Menteri itu menafikan, bahawa beliau menyokong mantan timbalan beliau  itu untuk jawatan Perdana Menteri, malah Perdana Menteri terlama negara itu, bertanya semula bagaimana Anwar boleh menjadi Perdana Menteri, sedangkan mantan TPM itu tidak layak bertanding dalam pilihan raya.

Anwar hanya boleh menjadi Perdana Menteri, pertama sekali jika mendapat pengampunan dan kedua bertanding dalam pilihan raya dan perlu menang. Kerseronokan penyokong PKR, rupanya bagaikan embun pagi, terbit mentari, maka embun menghilang.

Di lain pihak, berasaskan laporan The Guardian, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, bahawa memasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, kerana kesalahan liwat merupakan satu tindakan konspirasi. Berasaskan laporan itu, dengan kata lain, mantan Perdana Menteri itu, memberitahu rakyat atau negara asing, bahawa sistem kehakiman di negara ini, mudah sangat dimanipulasi. Maknanya, menjatuhkan hukuman bukan berasaskan undang-undang, akan tetapi berasaskan kehendak "government of the day"

Kenyataan Tun Dr Mahathir itu, menggambarkan bahawa mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan melaksanakan undang-undang dalam negera ini, bukan berasaskan undang-undang, akan tetapi berasaskan budi bicara.

Kenyataan mantan Perdana Menteri itu, jika tidak diluruskan atau diperbetulkan boleh mengundang kekacauan dalam negara ini. Kerana kemungkinan ada rakyat negara ini berfikiran, bahawa sistem kehakiman negara dilaksanakan oleh mereka-mereka yang bukan menegakkan undang-undang, walaupun kenyataan itu berimpak sendiri kepada mantan Perdana Menteri itu semasa beliau Perdana Menteri, kerana akan membawa pengertian semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada tahun 1998, bukan kerana mantan TPM itu bersalah. Akan tetapi, berasaskan kesalahan yang dicipta sendiri oleh kerajaan masa itu, dan ianya hanya dilaksanakan oleh sistem kehakiman negara.

Mantan Perdana itu, memberitahu rakyat negara ini bahawa kerajaan yang ada pada hari ini, perlu ditukar sepenuhnya, bagi membolehkan semua sistem di "overhaul", kerana  seluruh sistem adalah salah dan tidak boleh diteruskan.

Pada masa yang sama, mantan Perdana Menteri itu memberitahu rakyat negara ini, bahawa pemerintahan beliau selama 22 tahun, sebenarnya pemerintahan yang menggunakan sistem yang salah, kerana undang-undang yang digunakan bukan berasaskan undang-undang sebenar, akan tetapi undang-undang yang penuh dengan muslihat, semata-mata untuk mempertahankan kerajaan.

Oleh kerana sistem pemerintahan yang beliau warisi mempergunakan sistem pemerintahan yang salah dan bercanggah dengan undang-undang sejagat, maka tiada pilihan, beliau perlu menjadi katalis utama menjatuhkan kerajaan yang beliau warisi. Keadaan inilah yang cuba diberitahu oleh mantan Perdana Menteri itu kepada rakyat negara ini, malah beliau memberitahu rakyat dunia, secara tidak langsung  bahawa selama ini, sistem pemerintahan Malaysia, bercanggah dengan lunas-lunas bernegara, termasuklah semasa beliau masih berkuasa. Demi mengwujudkan sistem pemerintahan yang selari dengan sistem bernegara seperti mana diamalkan oleh negara-negara lain, maka kerajaan yang memerintah Malaysia perlu ditumpaskan.  

Melalui pengakuan mantan Perdana Menteri itu, maka masyarakat dunia perlu membantu pembangkang khususnya pada PRU-14, untuk menewaskan parti Barisan Nasional pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi menyelematkan Malaysia dan rakyatnya.

Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad tiada yang memuaskan hati beliau, selain menumpaskan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan cara menjatuhkan Perdana Menteri ke-6 itu, apabila BN tewas termasuklah mendakwa  sistem pemerintahan  yang diguna pakai dalam negara ini, seluruhnya dimanipulasi oleh "government of the day"
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook