Latest News

Tuesday 18 July 2017

Betul, BN Tidak Berjanji Tetapi Melaksana

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Let me tell you this... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

BERASASKAN motto, sebagai pelaksana dan melaksana, maka pertimbangan utama adalah keperluan dan kedua sokongan rakyat. Kalau rakyat yang bakal dibina infrastruktur atau kemudahan tidak bersetuju, termasuk calon-calon BN semasa pilihan raya, bagaimana pemimpin BN melaksana sesuatu infrastruktur yang perlu dilaksana.

Penampang adalah kubu pembangkang kepada BN, ertinya, setiap perancangan pemimpin BN untuk dilaksana tidak dipersetujui, sebab itu menolak calon-calon BN pada PRU-13 lalu. 

Kepada pengguna facebook itu, perlu bertanya pada pengundi Penampang, mengapa mereka menolak infrastruktur yang bakal di bina di kawasan mereka? 

Kerajaan yang dipimpin BN, sudah faham, apabila pengundi kawasan itu menolak calon-calon BN, bermakna, mereka juga menolak sebarang pembelaan para pemimpin BN, kerana mereka sudah dibela oleh wakil rakyat mereka. Jadi, mengapa mempersoalkan para pemimpin BN?

Sepatutnya, pengguna facebook itu sudah tahu, sebab, mengapa kemudahan yang sepatutnya dibina, akan tetapi tidak dilaksana. Apabila pada PRU-14, calon-calon BN menang di kawasan itu, maka mesej itu, pengundi Penampang mahukan infrastrukur itu, jika itu berlaku, adalah dijamin kemudahan tersebut akan dilaksana, sebab BN bukan berjanji, akan tetapi melaksana.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook