Latest News

Tuesday 18 July 2017

Dakwaan Mengarut!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MRT Sabah bila... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

BESARNYA perekonomian Sabah (import dan export) berlegar pada angka RM80 bilion setahun, berbanding dengan Negara keseluruhannya hampir RM1 trilion.

Terlalu bodoh, dakwaan pengguna facebook itu, kononnya projek MRT di Lembah Klang berpunca daripada Sabah. 

Jumlah perekonomian Sabah (seluruh aktiviti ekomomi) hanya 8% daripada keseluruhan perekonomian negara, atau hanya 12% berbanding perekonomian Semenanjung Malaysia, bagaimana pula, perekonomian yang kecil boleh menjadi sumber membina MRT? 

Bajet Sabah, berbanding seluruh bajet negeri-negeri di Semenanjung hanya 12%, dan jika dibandingkan dengan bajet negara hanya 1.6%, daripada segi lojiknya, tidak mungkin bajet yang terlalu kecil boleh menjadi sumber kewangan.

Kemungkinan besar pengguna facebook itu, belajar angka berbeza seperti mana amalan seluruh penduduk dunia, iaitu 1 lebih kecil 10 kali berbanding 10, akan tetapi pengguna facebook itu, mempunyai fahaman lain, 1 lebih besar 10 kali berbanding 10. 

Jika pengguna facebook belajar angka 1, lebih kecil berbading 10, ertinya, dia memperbodoh dirinya sendiri.

Dakwaan bahawa kerajaan Persekutuan membina MRT, kosnya berpunca daripada Sabah, adalah hujah, seperti kera mendapat bunga.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook