Latest News

Wednesday 26 July 2017

Derma Darah Pun Dijadikan Flatform Politik?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Cuba kamu baca apa YB Rosnah cakap dlm keratan... Oleh FB Mohd Azis Bin Hj Jamman (screenshot)

JANGAN samakan antara itik dan ayam, walaupun sama-sama binatang, akan tetapi berlainan spesies. Demikian juga lokasi mengadakan program derma darah yang dipertikaikan.

Parti Warisan, datang sendiri ke bangunan Hospital Kerajaan, dengan maksud kempen derma darah. Program itu, sudah tentu meminta orang ramai menderma darah.  Berlainan dengan program derma darah yang dianjurkan Puteri Umno di mana lokasinya adalah bangunan atau premis persendirian, bukan terkait dengan kerajaan, malah penderma bukannya orang awam, akan tetapi ahli Umno.

Maksud dan tujuan derma darah, adalah perkara mulia, namun tujuan kemanusian itu, jangan dipolitikkan.  Mengapa perlu datang ke hospital kerajaan untuk meminta orang ramai menderma darah, tetapi mempromosikan parti?  Apakah kerana adanya lambang parti, maka orang ramai berpusu-pusu menderma darah? Jika demikian, maka tidak perlulah memilih hospital, akan tetapi boleh dijalankan dipremis sendiri, seperti mana dilakukan banyak pihak sebelum ini.


Rakyat Sabah perlu mengambil iktibar terhadap kejadian itu, parti Warisan jika diberi peluang memerintah, akan bertindak mengikut hala tuju sendiri, tanpa mengambil kira-kira peraturan-peraturan, makanya, mereka akan bertindak menghalalkan cara.  Sungguh bahaya cara ini, dalam sistem demokrasi, kerana cara mereka itu, semacam atau seperti cara komunis.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook