Latest News

Thursday 27 July 2017

Apakah Ismaily Bongkar Tong Tahi Datuk Seri Shafie Apdal?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DR MAX DI MANA KAMU?... Oleh FB Ismaily Bungsu Sabah (screenshot)


FOTO atau gambar yang diberi komen oleh pencari publistiti murahan itu, sebenarnya foto/gambar yang disimpan di alam maya lebih 10 tahun lalu. Inilah masalahnya, jika ada orang seperti pengguna facebook itu, di mana akal disimpan dilutut. Apabila otak tersimpan dilutut, maka tidak akan mampu berfikir, bahawa bayi yang dilahirkan 10 tahun lalu, kini sudah boleh mengikuti acara 100 meter.

Kalau manusia berfikiran rasional, pasti tahu, bahawa pembangunan tidak pernah berhenti. Jika dahulu, belum ada jambatan bertingkat di Kota Kinabalu, kini sudah ada. Jika dahulu belum ada Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) kini sudah ada. Jika dahulu, jalan tanah, kini, kalau belum diletakakn tar atau 'diaspal', maka sudah berturap.

Gambar yang yang di 'upload'  atau dikongsi di alam maya itu, sebenarnya, jalan ke kebun-kebun di perkampungan dan jalan itu bukan pun jalan protokol. Memang satu masa itu, jalan ke SK Mangandai, Kota Marudu, jika diambil kira daripada pekan Kota Marudu, memang keadaan jalan yang belum dinaik taraf, apabila hujan, maka keadaan jalan menjadi licin dan berlumpur. Berasaskan kepada keadaan itu, kerajaan telah memutuskan untuk menaik taraf jalan tersebut, dan kerja-kerja untuk itu sedang berjalan. 

Sebenarnya, peruntukan jalan seumpama itu, termasuk dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang satu ketika diterajui oleh 'Boss si Ismaily', namun boss beliau tidak menjalankan amanah seperti yang diharapkan rakyat luar bandar. Kini, Ismaily Bongsu mendedahkannya semula, membawa pengertian, bahawa 'Boss si Ismaily' itu adalah seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook