Latest News

Thursday 13 July 2017

Disebalik Kemelut 1MDB Yang Dipolitikkan


MENERUSI pilihan raya, parti yang mendapat majoriti kerusi, maka parti itulah yang membentuk kerajaan. Sokongan terhadap parti juga bergantung kepada para pemimpin dan ahli parti.

Tidak dapat dinafikan, dalam sesebuah parti, terdapat pemimpin yang terpalit dengan imej buruk, selain tindakan pemimpin juga pihak-pihak yang ada hubungkait dengan mereka.

Kini, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak terpalit dengan isu 1MDB, syarikat yang diilhamkan beliau semasa masih Timbalan Perdana Menteri.

Kalau diteliti betul, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, tidak merugikan negara apatah lagi rakyatnya, kerana obligasi kerajaan terhadap syarikat itu adalah melalui dana RM1 juta semasa menubuhkan syarikat tersebut.

Modus operandi syarikat itu mendapatkan modal perniagaan adalah melalui pinjaman dan penerbitan bon. Seperti yang tular kini, kebocoran berlaku, apabila menerusi penerbitan bon, “perantara” dalam rangka penerbitan bon mendapat manfaat kewangan.

Terbitan bon 1MDB yang berjumlah AS$ 6 bilion, dikatakan AS$ 1 bilion daripadanya dibayar dalam bentuk komisyen kepada pihak perantara. Dengan kata lain, melalui penerbitan bon itu, 1MDB hanya menerima AS$ 5 bilion, akan tetapi dibebankan dengan hutang AS$ 6 bilion tidak termasuk faedah.

Adat berniaga, perlu ada risko. Risko yang diambil 1MDB adalah melalui pinjaman. Namun risiko yang diambil itu memberi manfaat kepada syarikat itu, termasuk kepada negara dan rakyat.

Antara manfaat yang terhasil akibat risiko yang ditempah syarikat itu, apabila membeli beberapa IPP yang dibina semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Akibat pembelian beberapa IPP itu, maka tarif litrik di negara ini berjaya dikekang kenaikkannya, selain kerajaan dapat berjimat RM10 bilion setahun melalui bayaran subsidi harga minyak yang digunakan oleh IPP tersebut.

Malah, akibat tertubuhnya syarikat gergasi itu, maka terwujud Bandar Tun Razak dan terbinanya pengakalan TUDM baru di Negeri Sembilan yang lebih canggih berbanding pengkalan TUDM Sungai Besi. Semua kos pembinaan pengkalan TUDM baru itu, ditanggung sepenuhnya syarikat gergasi tersebut, selain membayar kos tanah bagi pengkalan TUDM Sungai Besi.

Juga melalui tertubuhnya syarikat itu, sumbangan sosial  kepada rakyat sungguh banyak, termasuklah tajaan kepada umat Islam terpilih menunaikan Ibadat Haji sejak tahun 2013.

Apa yang dipermasalahkan oleh pihak-pihak tertentu, adalah ‘bayaran” komisyen kepada perantara terbitan bon syarikat itu, dan ‘kebetulan” individu yang dikatakan “perantara” kepada terbitan bon itu adalah Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang.

Kini, berbagai pihak mengejar wang komisyen itu, termasuklah Amerika, Singapura dan beberapa negara lain, dan mengkategorikan wang komisyen itu dalam pengubahan wang haram atau wang curi.

Di Singapura, beberapa penasihat kewangan didapati bersalah, kerana terlibat mengurus wang komisyen daripada Jho Low, malah beberapa bank didenda termasuk diperintah ditutup.

Di Amerika Syarikat melalui DOJ Amerika, dikatakan sebahagian komisyen AS$ 1 bilion itu, AS$ 540 milion daripadanya telah digunakan membeli harta di negara itu, dan perlu dirampas.

Apa yang sangat menarik, sejak diuar-uarkan oleh berbagai pihak, kononnya ada wang 1MDB telah dicuri, akan tetapi syarikat gergasi itu. Sehingga kini menafikan, bahwa tiada wang syarikat itu telah hilang atau dicuri, namun, tidak mengulas berkaitan dengan komisyen terhadap perantara.

Syogianya, tindakan yang betul yang perlu dilakukan syarikat itu, adalah menjelaskan, bahawa semasa menerbitkan bon, maka ada perantara yang terlibat dan syarikat menjanjikan, jika bon dapat dilanggan maka komisyen akan dibayar. Adalah obligasi syarikat penerbit bon, untuk membayar komisyen, kerana perantara juga mempunyai tugas mempertemukan pelanggan bon dengan penerbit bon.

Dalam dunia kewangan, jika syarikat belum mempunyai rekod perniagaan, maka jarang sekali mempunyai peluang untuk menerbitkan bon, kerana bon biasanya bernilai di atas AS$ 1 bilion atau RM1 bilion jika diterbitkan dalam negara.

1MDB tiada rekod perniagaan, kerana hanya ditubuhkan pada Februari 2009 dengan modal berbayar RM1 juta.  Jika diteliti betul, sesebuah syarikat yang bermodal RM1 juta boleh juga mendapat pinjaman, akan tetapi jumlah pinjaman itu, paling tinggi pun 2 kali berbanding modal berbayar.

1MDB sejak ditubuhkan, telah berjaya mengumpul harta termasuk wang tunai sebanyak RM54 bilion dan menurut laporan kewangan syarikat itu, semua hutang jangka pendek telah dilangsaikan, kecuali terbitan bon.

Hingga setakat ini, tiada indikasi atau petunjuk bahawa syarikat itu perlu dibill-out (bailout), malah projek-projek yang sedang dan bakal dilaksanakan syarikat itu menurut jadual dan perancangan.

Mengapa syarikat itu menjadi bahan cerita berbagai pihak? Sebabnya atas kewujudan syarikat itu, ada pihak yang mendapat keuntungan, selain itu ada pihak yang kehilangan pegangan perniagaan, iaitu para pemilik IPP yang dibeli 1MDB.

IPP yang dibeli 1MDB adalah syarikat yang mempunyai perjanjian  berat sebelah, sehinggakan sungguh membebankan rakyat, kerana syarikat itu mempunyai kuasa menaikkan tarif elektrik yang dibekalkan kepada TNB. TNB terpaksa membayar kompensasi terhadap perbezaan tarif elektrik yang dikenakan syarikat-syarikat itu kepada TNB, dengan tarif yang dikenakan kepada rakyat.

Dengan pembelian seluruh IPP  itu, selain tarif litrik di negara berjaya tidak dinaikkan, malah kerajaan berjaya berjimat RM100 bilion.

Jika semua IPP diperpanjang atau lanjutkan, maka RM100 bilion, akan menjadi sumber kekayaan pemilik IPP itu. Sebab itulah, para pemilik syarikat tersangat marah, siapa manusia yang normal, tidak marah, apabila kehilangan wang sebanyak itu?

Menerusi perancangan awal, memang 1MDB mahu menjadi pelaksana bekalan tenaga di di negara ini, melalui Edra, akan tetapi akibat berbagai konspirasi, maka EDRA terpaksa dijual kepada syarikat China, bagi melangsaikan hutang yang digunakan membeli IPP yang dikumpulkan melalui EDRA, akibat 1MDB gagal menerbitkan IPO.

Rakyat negara ini, perlu berfikir secara rasional dan matang, sebelum percaya kepada dakwaan pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendapat sokongan media luar negara, termasuk DOJ Amerika Syarikat, berkaitan 1MDB yang memalitkannya dengan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kerana dakwaan itu, hanya berpunca daripada perebutan perniagaan.  Perebutan perniagaan yang dijadikan bahan politik.

Sebenarnya, jika diteliti rakyat negara ini, tidak pun rugi dengan wujudnya 1MDB, malah rakyat biasa mendapat memanfaat; yang dirugikan hanya para pemilik IPP, dan para kontraktor yang tidak mendapat projek sebagai pelaksana di Bandar Tun Razak atau pembinaan pengkalan baru TUDM. Mereka yang marah itu, adalah para pencari kontrak “turn-key project”, dan mereka itu, terdiri daripada  mereka yang ada hubungan dengan  Tun Dr Mahathir Mohamad.

Akibat perebutan perniagaan, maka Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dipalitkan dengan isu wang derma AS$ 681 juta yang disumbangkan keluarga Diraja Arab Saudi sebelum PRU-13. Wang itu kononnya wang 1MDB, kerana mengaitkan dengan “jumlah” komisyen yang diterima perantara (broker) semasa penerbitan bon 1MDB.

Penulis pernah menjadi “wealth advisor” dan komisyen yang diperoleh bagi setiap pelaburan adalah 3.2%, ertinya, kalau seseorang melabur RM1 juta, maka penulis dibayar komisyen RM32,000, manakala pelabur itu dikenakan caj sebanyak 6.5%, atau pelabur perlu membayar RM65,000 sebagai kos pelaburan.

Memanglah, kalau dikira, komisyen sebanyak AS$ 1 bilion daripada AS$ 6 bilion adalah 16.7%, memang tinggi, tetapi, jumlah itulah mungkin syarat dan terma perundingan itu. Dalam perundingan itu, masing-masing pihak menerima  terma “willing sale and willing buy”. Jadi apa masalahnya???

Mereka yang mendakwa dirugikan melalui perniagaan 1MDB, tidak lain tidak bukan hanya berlegar-legar kepada mereka yang hilang peluang perniagaan, bukannya rakyat jelata. Jika ada rakyat negara ini merasa dirugikan, kena jujur pada diri sendiri, kerugian daripada segi apa? Fikir-fikirkanlah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook