TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) ORANG KB BERMAIN AIR... Oleh FB Ismaily Bungsu Sabah (screenshot)
Ismaily Bungsu sibuk bercakap berkaitan dengan Kota Belud. Dia tidak tahu, bahawa penduduk Kota Belud jauh memahami keadaan. Ismaily lupa, betapa berat memandang, berat lagi bahu memikul.
Apa yang boleh dlakukan pemimpin terhadap bencana alam? Kuasa itu hanya pada Tuhan. Kalaulah pemimpin ada kuasa, maka gempa bumi yang melanda negara Jepun, Filipina, Indonesia, atau kebakaran di Portugal, atau Itali, maka bencana itu tidak akan berlaku.
Dari sekian ribu jurutera, bencana alam tidak akan dapat diatasi. Banjir di Kota Belud, puncanya hanya kerana satu, menceteknya SUNGAI TEMPASUK. Sungai itu mencetek, pertama kerana impak kepada pelombongan MAMUT pada tahun 70-an dan kedua kerana impak gempa bumi pada tahun 2015 di Ranau.
Akibat pelombongan MAMUT dan gempa bumi, maka jutaan tan tanah mengendap di Sungai Tempasuk, menyebabkan pencetekan sungai. Mengapa endapan itu tidak mengalir terus ke laut, sebabnya permukaan paras laut di muara sungai Tempasuk, baik di Kuala Abai/Ambong atau di Pantai Emas atau Rampayan Laut, hanya dibezakan 2 "degree" antara kawasan yang di lalui sungai Tempasuk atau Sungai Kedamaian.
Hanya satu cara mengatasi banjir di Kota Belud adalah melalui pendalaman semula Sungai Tempasuk, supaya apabila hujan air terus ke sungai dan tidak melimpah. Jika itu dilaksanakan, peruntukan bukan satu juta ringgit, akan tetapi ratusan juta. Kerajaan perlu melihat perbandingan kos atau kos lepas sebelum membuat keputusan. Keputusan itu, bukan berkiblat pada pemimpin jaguh atau bukan, akan tetapi melihat kepada pertimbangan kos.
Kalau di negara China, kerana kerajaan mempunyai kuasa mutlak kepada rakyatnya, kawasan yang kerap dilanda bencana alam, sudah pasti dikosongkan dan meminta penduduk berpindah di kawasan lain, namun di negara kita tindakan seumpama itu tidak boleh dilaksanakan. Lihat sahaja di perkampungan yang disebutkan, penduduk membina rumah sehinggakan saluran parit ditimbus, semata-mata membuka jalan masuk ke rumah. Apabila hujan, maka sudah tentu air melimpah dan masuk ke pekarangan rumah-rumah yang dibina itu. Jadi dalam soal ini, pemimpin yang salahkah? Mungkin ismaily boleh tolong selesaikan.
Orang sasterawan seperti Ismailly tidak faham itu, kerana dia hanya terpanah pada khayalan, bukan berasas fakta.
Berkaitan lembu/kerbau yang berkeliaran di Pekan, itulah "Trade Mark" Kota Belud yang disukai pelancong, seperti mana di Bandar Delhi India. Jangan hilangkan maskot sesuatu daerah. Memang binatang itu mengeluarkan najis, namun tugas Majlis Kerajaan Tempatan memberishkannya. Apa yang boleh dilakukan Majlis Daerah adalah mengenakan Caj kepada pemilik lembu itu. Jika itu dilaksanakan pasti pemilik akan berfikir dua kali membiarkan ternakan mereka bekeliaran di kawasan Pekan. Mudah saja sebenarnya mengatasi bekeliarannya binatang itu, namun majlis daerah berfikir juga dua kali, kerana kedatangan pelancong ke Kota Belud atas sebab tertarik dengan binatang-binatang berkeliaran di kawasan Pekan.
0 comments:
Post a Comment