Latest News

Wednesday 26 July 2017

Isu 1MDB-Kaedah Joseph Gobbiles Diguna Pakai

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 1MDB itu sudah mewujudkan krisis kepercayaan... Oleh FB Musliadi Mustala (screenshot)

PAKAR strategi Hitler-Joseph Gobbiles mempergunakan strategi cerita palsu apabila diulang-ulang, akhirnya diterima sebagai betul.  Kaedah ini jugalah yang digunakan pembangkang di negara ini, berkaitan 1MDB.

Belum pernah berlaku di negara ini, seorang Perdana Menteri mengarahkan siasatan terhadap syarikat yang berkaitan dengan kerajaan, apatah lagi, syarikat itu adalah idea Perdana Menteri. Di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, tiada sesiapa pun yang boleh mempersoalkan syarikat-syarikat bermasalah, jika ada yang mempersoalkan sudah pasti yang mempersoalkan itu disumbat dalam penjara.

1MDB, bukan sahaja disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), akan tetapi telah disiasat oleh SPRM, PDRM, Bank Negara, malah Ketua Audit Negara. Berasaskan kesimpulan semua pihak yang menyiasat, maka Peguam Negara telah membuat kesimpulan, tiada salah guna kuasa dalam syarikat itu membabitkan Perdana Menteri, apa yang dijumpai, adalah kelemahan pengurusan. 

Berasaskan kepada kelemahan pengurusan itu, maka Perdana Menteri mengarahkan tindakan rasionalisasi. Kini, tiada lagi isu yang dianggap membebankan syarikat itu, malah semua urusniaga syarikat itu berjalan lancar, termasuk memajukan Tun Razak Exchange (TRX). Sesiapa sahaja, rakyat negara ini, boleh melawat kawasan itu, dan akan nampak, bagaimana progressnya kemajuan TRX.

Soalan-soalan yang dikemukakan pihak pembangkang, sebenarnya daripada awal-awal lagi sudah dijawab. Namun, demi tujuan survival politik pembangkang yang telah membuat keputusan menjadikan 1MDB sebagai maskot berdepan dengan BN. Oleh itu, mereka berusaha agar isu 1MDB terus hidup, kerana pembangkang tiada isu lagi yang boleh diguna pakai sebagai isu pilihan raya.

Pengguna media sosial yang turut sama bercakap berkaitan 1MDB, sebenarnya, hanya ikut-ikutan tidak tahu pun apa yang dipercakapkan, termasuklah pengguna facebook tersebut. Seharusnya, pengguna facebook itu merasa malu, kerana ikut bercakap, sesuatu yang dia tidak tahu.

Pengguna media sosial, hanya hero di media sosial, namun sebenarnya mereka itu, kosong.  Apa yang mereka tahu berkaitan 1MDB? Sedangkan mereka sedikitpun tidak terlibat dengan pengurusan syarikat itu. Tindakan mereka itu, satu khayalan kosong.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook