Latest News

Tuesday 11 July 2017

Junz Wong Merepek Lagi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Parti Warisan Sabah dismisses the contention made by Dr Maximus Ongkili... Oleh FB Junz Wong (screenshot)


INILAH bahayanya, seorang wakil rakyat yang tidak membaca sejarah Sabah, seperti Junz Wong.  Dia begitu buta sekali, pengalaman kerajaan yang menerintah Sabah, di mana akibat daripada kerajaan "single party", maka Sabah dan rakyatnya bukan sahaja tetap mundur, malah rakyat menjadi miskin.

Tahukah Junz Wong, semasa Sabah diperintah single party, hutan Sabah hampir pupus, kekayaan Sabah hampir disapu bersih oleh pemimpin, kerana tiadanya semak dan imbang (check and balance) kerana semua pimimpin terpaksa akur dengan seorang pemimpin, yakni presiden parti yang juga Ketua Menteri.

Kerana Ketua Menteri merupakan presiden parti yang memerintah, maka sebarang keputusan sama ada melibatkan parti atau kerajaan, hanya bergantung kepada satu individu, yakni Presiden atau Ketua Menteri.

Mungkin Junz Wong mahu sangat, jika Sabah diperintah "single party", kerana kalau memohon kawasan kayu balak atau projek, hanya membodek Ketua Menteri, kerana Ketua Menteri tidak perlu merujuk kepada mana-mana pihak, kerana kuasa adalah ditangan.

Memang, bagi mereka yang ada kedudukan dalam parti atau kerajaan, jika mereka itu termasuk dalam kumpulan Ketua Menteri, maka akan kenyang, perut akan buncit, kerana sebarang perimintaan akan diberikan.

Berlainan dengan kerajaan yang diperintah berbagai parti,, Ketua Menteri, tidak boleh membuat keputusan secara brsendirian, kerana sebarang keputusan perlu secara kolektif, ertinya, sebarang keputusan perlu dipersetjui oleh semua pihak. Juga, melalui kerajaan yang "multi party", kuasa tidak terfokus kepada Ketua Menteri, akan tetapi kuasa berasaskan kepada persetujuan semua parti.

Menerusi kerajaan berbagai parti, sentiasa berlaku semak dan imbang, dan sebab itu, pemangku Presiden PBS Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili mengatakan, bahawa kerajaan berbagai parti merupakan yang terbaik bagi negara mahupun negeri, kerana rakyat negara ini merupakan rakyat majmuk, berbilang agama dan budaya.

Sabah yang diduduki berbagai suku bangsa dana agama, tidak sesuai sama sekali diperintah oleh "single party", melainkan berbagai parti. Sebab itu, apabila parti Barisan Nasional memerintah Sabah, maka kemajuan Sabah terus rancak, simpanan kewangan negeri bertambah, bajet negeri  bertambah, malah kestabilan politik serta keharmonian kaum terus terpilihara.


Kestabilan politik dan keharmonian antara rakyat, cuba dirosakkan oleh individu seperti Junz Wong, cuba dirosakkan oleh Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh mereka yang tamak haloba.

Rakyat Sabah, tidak akan menyokong pemimpin seperti Junz Wong pada PRU-14 akan datang, kerana rakyat sudah tahu niat sebenar ADUN Likas itu, yakni hanya berjuang untuk kepentingan peribadi. Sebab itulah, dia menolak, kerajaan yang berasaskan berbagai parti. Kerana jelas, kerajaan berbagai parti adalah pilihan rakyat.  Kepada Junz Wong, anda hanya wakil rakyat sepenggal, kerana rakyat tidak akan terpengaruh dengan perjuangan Parti Warisan Sabah, kerana parti itu, bukan untuk rakyat, akan tetapi, parti yang mahu mempergunakan rakyat untuk mencapai tujuan para pemimpin parti itu, iaitu tujuan memperkaya diri sendiri.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook