Latest News

Thursday 20 July 2017

Kapal Nelayan Vietnam, Berada di Kota Kinabalu?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Vietnamese fishing boats are once again spotted docking at SAFMA KK... Oleh FB Junz Wong (screenshot)

INILAH masalahnya, jika ada pemimpin yang suka berdolak-dalik, tanpa usul periksa. Melihat sahaja kapal buatan Vietnam dikatakan, orang Vietnam menjadi nelayan di Sabah.

Tahun 1980-1990, nelayan Sabah menggunakan kapal buatan Filipina, Jordan dan Thailand. Akibat mahalnya kapal-kapal tersebut, maka nelayan Sabah berpindah ke kapal buatan Vietnam yang lebih murah.

Di Sabah, belum ada pembuat kapal berkapsiti besar untuk digunakan ke laut dalam, kalaupun dibina kapal seumpama itu, ianya berharga 5 kali ganda.

Junz Wong adalah seorang pemimpin pembangkang yang sangat pendusta, pembohong dan penipu. Kerana sifat penipu dan pembohong itu, Dewan Undangan Negeri Sabah pun pernah ditipu oleh ADUN Likas itu.

Junz Wong ini, bertindak apabila melihat orang mengenakan seluar jenis Levi's atau Lee, dikatakan orang itu, orang putih, atau melihat sahaja orang berkulit hitam dikatakan orang Afrika atau ternampak sahaja orang memakai jubah dikatakan orang Arab.

Rakyat jangan terpengaruh dengan cerita bohong pemimpin parti Warisan itu, kerana dia adalah manusia pembohong.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook