Latest News

Tuesday 4 July 2017

Kawasan Pembangkang Pun Dapat Peruntukan Bah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Transparency and Accountability... Oleh FB Page Darell Leiking (screenshot)

PERKARA utama penyaluran dana kerajaan untuk sesebuah kawasan, apakah kawasan itu kawasan yang dimenangi parti kerajaan atau parti pembangkang adalah kemudahan untuk kepentingan awam. Misalnya masalah perparitan, jalan raya perhubungan, lorong-lorong kaki bagi perumahan atau jambatan-jambatan atau juga balai-balai raya termasuk klinik-klinik desa.

Walaupun kawasan Penampang adalah kawasan pembangkang, penyaluran  peruntukan sama ada untuk Parlimen mahupun kawasan Dun akan sama juga seperti kawasan-kawasan yang dimenangi parti kerajaan. Di mana semua peruntukan disalurkan terus kepada pejabat daerah, kerana pejabat daerah  yang mempunyai pelan pembangunan daerah.

Hakikat yang perlu diketahui, sebarang projek yang dilaksanakan diperingkat daerah, keseluruhannya perlu dikenalpasti oleh pejabat daerah, dan pejabat daerah juga yang mengatur projek-projek sedemikian. Apa yang boleh dikenalpasti, hanya daripada segi sumber peruntukan, pejabat daerah akan menentukan bahawa sesuatu projek itu dananya berasaskan peruntukan parlimen atau Dun.

Setiap tahun, pejabat daerah akan menyeneraikan projek-projek yang bakal dilaksanakan berserta dengan anggaran kos dan setiap projek itu, boleh diseneraikan sebagai projek di bawah parlimen atau Dun.

Memang dalam pelaksanaan projek-projek itu, ada keutamaan dalam keadaan sedemikian, pemimpin terlibat akan memberi nasihat atau pandangan terhadap projek-projek keutamaan. Setiap rakyat kena ingat, bahawa pembangunan tidak pernah berhenti sebaliknya beterusan. Kalau projek tidak dilaksanakan pada tahun kewangan pada tahun itu, maka akan juga dilaksanakan pada tahun kewangan berikutnya.

Berkaitan keingintahuan MP Penampang, apakah Pengerusi BN Penampang mempunyai kuasa terhadap peruntukan kerajaan, jawapannya tidak semestinya, kerana kawalan peruntukan itu sepenuhnya ditangan Pegawai Daerah, sebagai entiti pelaksana dan perancang.  Mungkin senerai projek-projek dipanjangkan kepada Pengerusi BN itu. Sebagai makluman atau pandangan daripada segi keutamaan, kerana perkara utama yang perlu diambil kira adalah projek-projek keutamaan rakyat secara umum.

Terserah kepada pejabat daerah atau pegawai daerah, apakah memberikan senarai projek-projek yang dilaksanakan di kawasannya kepada wakil rakyat pembangkang, kerana beliau tiada keharusan berbuat demikian, kerana setiap pegawai kerajaan perlu patuh kepada “the government of the day”.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook