Latest News

Sunday 2 July 2017

Kekuatan Seorang Pemimpin


JIKA seseorang itu seorang pemimpin politik, maka kekuatannya sangat bergantung daripada sokongan ahli dan pemimpin sesebuah parti politik daripada semua lapisan. Tanpa sokongan itu, maka seorang pemimpin politik tidak akan kemana-mana.

Akan jelas kelihatan, jika seseorang pemimpin berdepan dengan berbagai dakwaan atau tomahan dan pada masa yang sama kurang sungguh ahli atau pemimpin mempertahankannya. Maka tergambar, bahawa kekuatan sang pemimpin itu sudah goyah, ibarat rumah yang timpang menanti roboh, kerana tiang-tiang tidak lagi sudi menopang.

Pemimpin politik, tidak boleh menumpang harap kepada para pegawai yang beliau lantik yang  berkhidmat dengan beliau, kerana para pegawai sedemikian, berkhidmat bukannya sukarela, akan tetapi berasaskan tugas. Sehinggakan tindakan para pegawai demikian, apabila membuat kenyataan, bukan atas prinsip sukarela akan tetapi berasaskan skrip yang disedikan oleh “paymaster”. Berbeza dengan kenyataan ahli atau pemimpin parti, di mana kenyataan sedemikian adalah kenyataan sukarela berasaskan kepada pendirian parti.

Akhir-akhir ini, sangat terasa bahawa kenyataan-kenyataan yang membela pucuk pimpinan, bukannya datang daripada para pemimpin, akan tetapi datangnya daripada “para pegawai khas”. Sehinggakan kenyataan-kenyataan seumpama itu, terasa kurang “bobot” kerana datangnya daripada mereka yang bukan  sukarelawan. Akan tetapi datangnya daripada mereka yang dibayar khas untuk bertindak demikian.

Situasi ini, sebenarnya membuka laluan kepada pembangkang untuk memutar belit keadaan dengan dakwaan bahawa pemimpin itu “tidak lagi” mendapat sokongan darpada “bigwigs” parti. Ambil contoh dalam parti UMNO, jika diamati keadaan masa lalu, apabila Presiden dihentam dengan berbagai dakwaan dan tomahan, biasanya Timbalan Persiden ke bawah akan membuat kenyataan membidas atau memperbetulkan dakwaan-dakwaan atau tomahan-tomahan tersebut. Namun, apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, para individu yang mengambil peranaan itu adalah para “pegawai khas” yang dilantik.

Persoalan yang amat nyata, apakah tindakan para pegawai khas itu telah mengambil peranan saf kepimpinan parti? Ataukah saf kepimpinan bertindak menjauhkan diri? Atau bertindak menyelematkan diri masing-masing? Fikir-Fikirkan lah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook