Latest News

Monday 24 July 2017

MA63-Kemuskilan Yang Tidak Jelas?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Zahid, ask yourself and those UMNO elite what have Putrajaya done to Sabah... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot) (screenshot)

BAGI mereka yang suka ikut-ikutan seperti admin The Voice of Borneo sudah tentu bercakap sesuatu yang hanya didengar, dicakap oleh pihak-pihak yang seangkatan atau sebaya. Sedangkan mereka tidak pasti apa yang dicakap.

Kalau diteliti, semua cakap-cakap atau dakwaan pihak-pihak yang suka sangat bercakap berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63) menunjukkan mereka itu, sebenarnya tidak tahu apa yang dipercakapan atau diperkatakan itu. Mereka itu seperti orang buta, mengatakan ular sebagai belalai gajah.

Mereka yang bercakap berkaitan MA63 adalah terdiri daripada mereka yang tidak terlibat dengan pemerintahan. Atas sebab itu, semua dakwaan mereka hanya berasaskan andaian dan sangkaan.

Satu perkara jelas sejak Sabah dan Sarawak sebahagian daripada Persekutuan Malaysia bermula pada 16 September 1963, seluruh pemimpin dua negeri itu adalah anak tempatan. Umpama duit dalam poket sendiri, bagaimana duit sendiri boleh berpindah ke poket orang lain?. Dakwaan pihak-pihak tertentu termasuk admin The Voice of Borneo seolah-olah Putrajaya adalah penyelok poket, mencuri duit daripada poket para pemimpin Sabah dan Sarawak.

Apakah berlaku Putrajaya sebagai penyelok poket, sedangkan wang yang dimilikinya berpuluh kali ganda berbanding wang Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, bajet tahunan Sabah hanya RM4 bilion sedangkan Putrajaya RM256 bilion. Saiz ekonomi Sabah berjumlah RM80 bilion (eksport & import) sedangkan saiz ekonomi Putrajaya hampir RM1 trilion. Besarnya saiz ekonomi Sabah hanya 8% berbanding saiz ekonomi Putrajaya, jadi bagaimana Putrajaya menjadi penyelok poket? 

Sebenarnya kalau diteliti, semua hak Sabah dan Sarawak tiada yang diambil oleh mana-mana pihak, kecuali urusan indiustri minyak dan gas. Di mana Sabah dan Sarawak tidak mengeluarkan 1 sen pelaburan, hanya menyediakan kawasan dan untuk itu, mendapat bayaran royalti 5% tunai daripada pengeluran minyak dan gas. Di samping bayaran tunai 5%, Petronas juga, menjalankan CSR di dua buah negeri tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook