Latest News

Saturday 29 July 2017

Calon BN Tidak Perlu Melobi


PARTI Barisan Nasional mempunyai mekanisme sendiri, bagi menentukan bakal-bakal calon mewakili 13 parti itu pada PRU-14.

Calon-calon yang bakal dipilih itu, bukan kerana rekomendasi berbagai pihak termasuk badan-badan tertentu, akan tetapi, maklumat yang diterima oleh Perdana Menteri daripada pihak pemantau yang tidak berpihak dan tiada kepentingan politik atau tertentu.

Kriteria yang diguna pakai Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, adalah calon-calon yang bakal dipilih  itu disukai dan diterima rakyat, tanpa mengambil kira kedudukan seseorang itu, apakah dalam parti ataupun kerajaan.

Perlu diingat, seseorang yang mempunyai kedudukan dalam parti atau kerajaan tidak semestinya pilihan rakyat, kerana telah terbukti pada PRU-12 dan 13, di mana calon-calon yang ada kedudukan dalam parti kerajaan telah tewas.

Pada PRU-14, parti BN, mempunyai dua matlamat- 'To Retain' dan 'To Gain' kawasan-kawasan pilihan raya.  Untuk menjayakan matlamat itu, Perdana Menteri menguna pakai perasaan rakyat, iaitu suka dan diterima.

Pada PRU-14, kalaupun ada calon-calon “berlagak” dan “sombong” bakal terpilih, mungkin jumlahnya hanya sedikit. Sudah tentu, pemilihan itu dipertimbangkan, tiada rotan akar pun berguna bagi kawasan-kawasan tertentu dan pertimbangan bahawa calon yang “sombong” dan suka berlagak itu mempunyai kelebihan bekerja di pejabat.

Apa yang pasti, calon-calon BNpada PRU-14, majoritinya terdiri daripada mereka yang disukai dan diterima rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook