Latest News

Tuesday 25 July 2017

Parti Warisan-Sabah for Sabahan Akhirnya Ke Laut

HANYA dalam tempoh masa 10 sebulan,  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersedar, bahawa perjuangan Parti Warisan Sabah, Sabah for Sabahan, bukan sahaja karut, akan tetapi memakan diri sendiri.

Kenyataan MP Semporna itu  tergambar sangat, apabila memberi komen  berkaitan dengan perlantikan Ketua Hakim Negara, kononnya  Tan Sri Richard Malanjum wajar dilantik ke jawatan itu, kerana kedudukan beliau mewajarkan beliau dilantik ke jawatan Ketua Hakim Negara.

Perjuangan Sabah for Sabahan, adalah perjuangan untuk kepentingan sendiri, namun apabila berkaitan dengan konteks bernegara, maka tergambar sangat, mereka “double standard”.

Rakyat Sabah kena sedar, bahawa perjuangan yang bersifat sempit seperti motto Parti Warisan Sabah, hanya memakan diri sendiri. Kerana perjuangan itu, bukan sahaja merugikan rakyat Sabah, akan tetapi rakyat negeri di bawah bayu akan kehilangan banyak peluang bukan sahaja daripada segi jawatan-jawatan Persekutuan, akan tetapi peluang-peluang perniagaan di negeri-negeri lain.

Kini, parti-parti pembangkang yang menggunakan motto Sabah for Sabahan, cuba mempolitikkan, perlantikan Ketua Hakim Negara, seolah-olah merekalah yang mempunyai kuasa mengatur susun kedudukan siapa yang patut menduduki jawatan Ketua Hakim Negara.

Mereka seolah-olah mendahului budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sudah awal-awal menyatakan bahawa Tan Sri Richard Malanjum sudah tertutup peluang bagi jawatan Ketua Hakim Negara.

Mereka tidak mengatakan kedudukan sebenar, berkaitan perlantikan Ketua Hakim Negara yang ada, bahawa kedudukan Ketua Hakim Negara itu selepas bersara pada 3 Ogos 2017, hanya merupakan Hakim tambahan selama 3 tahun, dan tiada sebarang keputusan sehingga kini, bahawa beliau tetap sebagai Ketua Hakim.

Pembangkang, hanya mahu bermain politik, sehinggakan menggambarkan, bahawa Tan Sri Richard Malanjum sebahagian daripada kumpulan mereka. 

Menerusi gembar gembur pembangkang  berkaitan Tan Sri Richard Malanjum, sebenarnya mereka menconteng arang di muka Ketua Hakim Sabah dan Sarawak itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook