Latest News

Monday 31 July 2017

Pendaratan Ikan Di Sabah


DIKATAKAN pendaratan ikan di Sabah, berkurang 50%, kononnya kerana akibat dibenarkannya kapal-kapal Vietnam yang dioperasikan oleh pemilik tempatan di perairan negara.

Perlu diketahui, bahawa kapal-kapal itu tidak mendaratkan hasil-hasil tangkapan mereka di jeti-jeti di Sabah, kerana pendaratan kapal-kapal itu dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Sebagai contoh, awal bulan ini, Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Junz Wong mempersoalkan, mengapa kapal-kapal Vietnam itu mendaratkan ikan mereka di Jeti SAFMA, Kota Kinabalu. Pemilik lesen tempatan yang mengoperasikan kapal-kapal Vietnam di laut dalam, serba salah, kerana tindakan mereka mendaratkan ikan di jeti Sabah dipolitikkan. 

Memang, hasil tangkapan ikan bukan daripada nelayan yang termasuk dalam Persatuan Pemilik Kapal Nelayan Pantai Barat Sabah. Akan tetapi, sebarang tangkapan yang boleh didaratkan di jeti Sabah, sebenarnya penyumbang kepada jumlah ikan yang didaratkan. Namun, pendaratan ikan yang ditangkap oleh kapal Vietnam yang dioperasikan pemilik lesen tempatan khususnya bumiputera dipolitikkan. Sebab itu, kemungkinan punca mereka terpaksa menjual hasil tangkapan mereka di laut.

Memang benar, tindakan menjual ikan di laut adalah tindakan yang menyebabkan kurangnya hasil ikan di daratkan, sehingga menyebabkan harga ikan melabung tinggi. Harga ikan yang melabung tinggi, sangat membebankan pengguna tempatan, kerana sepatutnya menikmati hasil laut yang ditangkap di negeri sendiri dengan harga yang boleh dijangkau dan berpatutan.

Pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengeluarkan lesen laut dalam kena bertegas dalam perkara ini. Mewajibkan hasil tangkapan ikan yang ditangkap di perairan sesebuah negeri hendaklah didaratkan di negeri berkenaan.  Pihak berkuasa, patut memberi tahu pemilik lesen itu, mengabaikan sahaja dakwaan-dakwaan negatif daripada pihak pembangkang. Kerana, pembangkang sebenarnya  mulut kepada  pemilik kapal nelayan yang termasuk dalam persatuan nelayan Pantai Barat, kerana rata-rata pemilik kapal tersebut adalah penyokong pembangkang.

Memang sukar bagi pemilik lesen bumiputera yang mengoperasikan kapal-kapal Vietnam mendaratkan hasil tangkapan mereka di jeti SAFMA. Kerana, pemilik kapal yang termasuk dalam persatuan pemilik kapal pantai Barat, mencipta berbagai halangan, termasuk tidak memberi laluan kepada kapal-kapal yang bukan ahli persatuan memunggahkan hasil tangkapan. 

Selain menghalang memunggah hasil, kapal-kapal yang bukan ahli persatuan juga, khususnya kapal-kapal Vietnam tidak mendapat bekalan air batu dan minyak secukupnya. Berasaskan kepada keadaan ini, maka mereka terpaksa mendapatkan bekalan itu di laut, dan sebagai balasannya, maka hasil tangkapan dijual kepada KAPAL BESAR DI LAUT  yang memberi perkhidmatan itu.

Bagi pemilik lesen, mereka tidak rugi apa-apa, kerana hasil tangkapan dijual dengan harga yang disepakati, maknanya pendapatan mereka tetap “secure”. Namun, akibat tindakan itu, maka pengguna di Sabah yang dirugikan kerana terpaksa membayar pada harga mahal bagi hasil tangkapan yang didaratkan kapal-kapal tempatan yang termasuk ahli persatuan kapal Pantai Barat. Kerana, hukum permintaan dan penawaran berlaku, semakin sendikit penawaran, manakala permintaan tinggi, maka secara automatik harga melonjak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook