Latest News

Tuesday 4 July 2017

Penduduk Atau Pengundi Tambunan Yang Layak Bercakap Soal Pilihan Mereka

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Has Pairin achieved making Tambunan a Stand-alone... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

JO NANDU, anda siapa bercakap mewakili pengundi atau penduduk Tambunan?  Jangan menafikan pilihan rakyat kawasan itu, iaitu bermula tahun 1976 hanya memilih seorang wakil rakyat, yakni Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sekiranya pengundi atau penduduk Tambunan tidak berpuas hati terhadap wakil rakyat mereka, sudah pasti berganti-ganti wakil rakyat di kawasan itu. 

Jo Nandu kena sedar, selama 41 tahun, DUN Tambunan hanya diwakili seorang wakil rakyat. Setiap pilihan raya, pengundi atau penduduk kawasan itu mengundi pemimpin yang sama. Apa makna semua itu? Sebabnya mereka berpuas hati terhadap wakil rakyat mereka.

Memang benar, apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili, bahawa DUN Tambunan adalah contoh kawasan luar bandar, kerana tiada kawasan luar bandar yang mempunyai infrastruktur seperti bandar, seperti mana di dapati di kawasan itu.

Kerajaan yang ada pada hari ini, memang mengambil contoh kemajuan DUN Tambunan untuk di bawa di kawasan-kawasan lain. Apabila itu berlaku pada tahun 2025, maka seluruh kawasan di Sabah telah maju. Sebenarnya, itulah tujuan Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri yang digariskan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook