Latest News

Thursday 20 July 2017

Pengundi Felda Berpaling Tadah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salleh, like your boss... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

KATA orang, betapa berat memandang, berat lagi bahu memikul. Mereka yang tinggal di Felda, tahu betul kehidupan mereka, bukannya mereka yang cuba membela mereka, entah pernah masuk ke kawasan-kawasan gugusan Felda.

Penulis The Voice of Borneo, diragui pernah masuk di kawasan Felda, tulisan-tulisan hanya diambil di media-media, kemudian ditokok tambah.

Untuk makluman penulis portal itu, sejak penubuhan Felda 50 tahun lalu, parti pembangkang telah cuba memasuki kawasan itu, namun gagal. Setiap pilihan raya, parti Pas bertanding di kawasan Felda, namun tidak pernah menang.

Kini, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama PPBM cuba pula masuk ke Felda, sedangkan pengundi Felda tahu betul, apa tujuan dua pemimpin itu. Pengundi Felda tahu betul, bahawa mereka hanya diperkudakan untuk menyokong Pakatan Harapan, supaya parti DAP menjadi tunjang kerajaan. Kalau DAP menjadi tunjang kerajaan, pengundi atau peneroka felda kerana bersedia menjadi kelas 2, malah kemungkinan besar hilang mata pencarian, kerana kerajaan pimpinan DAP akan menyerahkan kawasan-kawasan mereka kepada syarikat-syarikat persendirian, dengan dalih untuk kepentingan ekonomi para peneroka.

Parti DAP disokong peniaga. Peniaga hanya mementingan keuntungan, bukan peneroka. Masa itu, para peneroka, hanya hanya menjadi budak suruhan atau kuli.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook