Latest News

Thursday 6 July 2017

PRU-14: Antara Persepsi dan Fakta


PEMBANGKANG mempunyai dua pendekatan untuk menarik sokongan rakyat. Pendekatan pertama mengwujudkan persepsi bahawa semua pemimpin kerajaan adalah perasuah, dan pendekatan kedua mengelirukan rakyat melalui maklumat palsu dan fitnah.

Pembangkang memanipulasi semua rungutan rakyat negara ini, kononnya kerana akibat tindakan pemimpin yang rasuah. Contoh, jalan berlubang, sampah tidak dikutip, lif rosak, paip pecah, bekalan elektrik terputus, rumah-rumah terbakar, banyaknya kemalangan jalan raya, jenayah ragut, jenayah dadah, sumbang marham, seluruhnya disebabkan kerana pemimpin yang rasuah. Pendek kata, semua masalah-masalah yang disebutkan kerana kepimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang rasuah.

Bagi tujuan mengelirukan rakyat, pemimpin seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, mengkhususkan diri kepada penyaluran maklumat palsu dan fitnah. Terbaru, berkaitan permintaan Rafizi agar pelabur memboikot IPO Edra Energy. Kerana, kononnya jika pelabur melanggan IPO itu, maknanya telah menyelamatkan 1MDB. Rafizi cuba menipu rakyat, khususnya bakal pelabur, kerana tidak berkata benar berkaitan Edra.

Memang EDRA satu masa lalu, adalah milik penuh 1MDB, namun syarikat pembekal tenaga itu telahpun dijual  sepenuhnya kepada syarikat China. Melalui penjualan itu, maka terputuslah hubungan 1MDB dan EDRA.

Pemilik EDRA mahu meneribatkan IPO melalui Bursa Malaysia, dengan satu tujuan, supaya rakyat negara ini dapat memiliki saham pada syarikat itu. Pemilik EDRA mensasarkan 36% saham syarikat itu dimiliki rakyat Malaysia.

Hakikat yang perlu diterima rakyat negara ini, kehadiran EDRA suatu masa lalu, telah menyelamatkan pengguna negara ini daripada kenaikan tarif elektrik, malah selepas EDRA membeli seluruh IPP yang membekalkan tenaga kepada Tenaga Nasional, telah menyelamatkan wang negara sekurang-kurangnya RM10 bilion setahun, melalui subsidi gas dan minyak yang perlu dibayarkan kepada syarikat konsesi.

Syarikat-syarikat IPP sebelum dibeli sepenuhnya oleh EDRA, telah mendapat keuntungan luar biasa, kerana akibat perjanjian berat sebelah semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri ke-4 negara.

Menerusi perjanjian berat sebelah itu, setiap IPP bebas menaikan tarif elektrik, jika kerajaan tidak bersetuju, maka kompensasi perlu dibayar. Dikatakan, jika seluruh IPP yang diberli EDRA itu dilanjutkan konsesinya, kerajaan terpaksa berbelanja sekurang-kurang RM100 bilion.

Akibat pembelian EDRA terhadap seluruh IPP itu, telah mengundang kemarahan Tun Dr Mahathir, kerana seluruh IPP yang dibeli itu, merupakan milik proksi-proksi mantan Perdana Menteri itu. Para pemilik IPP itu begitu marah sekali, kerana kerajaan di Bawah Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak melanjutkan konsesi IPP yang dibeli itu. Kemarahan Tun Dr Mahathir terhadap 1MDB, kerana pembelian seluruh IPP oleh 1MDB.

Kini, walaupun EDRA bukan lagi milik 1MDB, namun pembangkang masih mengaitkan syarikat itu dengan 1MDB, khususnya Rafizi Ramli.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, membidas dakwaan MP Pandan itu, dan mengkategorikannya sebagai tindakan mensabotaj ekonomi negara. Sebabnya pemilik EDRA boleh sahaja menerbitkan IPO di negara lain, kerana  syarikat pembekal tenaga itu. Walaupun beroperasi di Malaysia, akan tetapi milik penuh negara China. Jika ini berlaku, maka rakyat negara ini terlepas peluang mendapatkan saham syarikat itu, kalaupun ada yang berjaya, kerana membelinya apabila disenaraikan di bursa luar negara, maka akan mengakibatkan pengaliran keluar wang negara. Dalam sistem fiskal, apabila berlaku pengaliran keluar wang negara, maka akan memberikan tekanan kepada ringgit, dan boleh sahaja nilai ringgit menyusut terhadap wang asing, terutama dollar Amerika.

Nampak sangat, bahawa pemimpin pembangkang seperti Rafizi, langsung tiada sifat membela negara dan mempunyai niat menjahanamkan negara, semata-mata kerana politik, semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pembangkang sejak tahun 2009 telah bertindak membuat berbagai fitnah terhadap kerajaan, khususnya Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui berbagai dakwaan rasuah. Namun tindakan mereka itu, sehingga kini gagal kerana pertumbuhan ekonomi negara, bukannya terbantut, malah terus men ingkat, dan terus berkembang di atas 4% setahun. Perkembangan ekonomi di atas 4% setahun, merupakan perkembangan yang amat baik, memandangkan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu, khususnya penurunan minyak dunia.

Pada PRU-14 nanti, apakah rakyat negara ini mengundi berasaskan persepsi atau fakta? Jika rakyat terpengaruh dengan persepsi, maka malapetaka menunggu kita semua. Fikir-fikirkan lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook