Latest News

Saturday 1 July 2017

PRU-14: Sentuhan Pemimpin Yang Dinilai?


SEBELUM PRU 2008, boleh dikatakan calon-calon BN di kawasan tradisi gabungan 13 parti itu, dianggap sebagai calon-calon pilihan rakyat. Sebab itu, semasa berkempen para pemimpin kerap berhujah, jangan lihat siapa calon yang dikemukakan, melainkan perlu melihat parti.

Keadaan demikian tidak lagi berlaku pada PRU 2008 dan 2013, kerana ramai calon-calon BN tewas di kawasan tradisi parti itu, termasuk kawasan tradisi parti Umno.

Berdepan dengan PRU-14, para pengundi lebih memberi penekanan kepada calon berbanding parti, ertinya calon-calon yang dipilih perlu membawa tag, kaya dengan sentuhan kepada rakyat atau pengundi.

Pengundi kini, lebih banyak menilai siapa yang dicalonkan atau bertanding berbanding parti, kerana calon yang membawa pembangunan dan membela rakyat kawasan secara langsung, manakala parti, hanya berkiblat pada dasar-dasar secara umum.

Rakyat atau pengundi sudah dapat membanding-bandingkan, jika wakil rakyat mereka rajin, maka banyaklah pembangunan dibawa ke kawasan mereka. Manakala wakil rakyat yang hanya memanaskan kerusi, selepas sepanggal tiada perubahan di kawasan yang diwakili.

Pada PRU-14, rakyat akan menyaksikan, bahawa parti BN akan mengemukakan calon-calon yang mempunyai tag sentuhan kepada rakyat. Makanya, semasa kempen pengundi tidak lagi mempersoalkan kredibilti seseorang calon, kerana calon-calon itu, sudah bekerja dan telah turun padang selama sepenggal, selain telah menyelesaikan sebahagian besar masalah rakyat.

Memang tidak dinafikan, ada rungutan rakyat yang belum diselesaikan, namun, kena ingat, pembangunan itu tidak pernah berhenti, sebaliknya beterusan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook