Latest News

Thursday 20 July 2017

Saf Kepimpinan Barisan Nasional VS Pakatan Harapan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Betul kaitu... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

PERBEZAAN yang sangat ketara antara Saf Kepimpinan BN dan Pakatan Harapan. Saf kepimpinan BN digambarkan melalui kedudukan dalam parti masing-masing komponen, manakala pada Pakatan Harapan menonjolkan individu.

Komen, Tan Sri Joseph Kurup bahawa susunan kepimpinan Pakatan Harapan tidak akan menggugat atau tiada impak kepada BN, memangpun benar,  kerana dalam sistem demokrasi di negara ini, yang menentukan kerajaan adalah parti bukannya individu.

Pakatan Harapan menonjolkan individu yang penuh dengan sejarah silam. Sejarah bertikam sesama sendiri, sejarah tidak sehaluan bukan sehari akan tetapi berdekad. Namun, kerana kepentingan politik cuba membawa rakyat menyokong perjuangan mereka.

Bagi rakyat yang rasional dan mampu berfikir baik dan buruk, maka tidak akan menyokong atau terpengaruh dengan dakyah Pakatan Harapan. Kerana mereka itu, hanya memberikan ilusi kepada rakyat, melalui barisan kepimpinan di atas kertas atau apa yang terlihat, sedangkan pada zahir atau kenyataannya, hubungan mereka itu bagaikan anjing dan kucing, bagaikan air dan minyak.

Bagi mereka yang mengikuti fakta poltik sejak tahun 1981 sehingga kini, akan mengetahui dengan jelas, perilaku para pemimpin Pakatan Harapan, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi rakyat Sabah, kena ingat, bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad menganak tirikan Sabah semasa pemerintahannya, atas sebab itu, rakyat Sabah kena beringat, jangan sama sekali terperangkap untuk kali kedua.


Bagi rakyat Sabah, perlu secara jujur dan perlu mengakui, bahawa Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri terbaik untuk Sabah. Beliau ibarat angsa bertelur emas bagi rakyat Sabah. Adalah merugikan jika angsa bertelur emas disembelih.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook