Latest News

Tuesday 18 July 2017

Apa Itu Pemodenan Perhubungan Jalan Raya?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MRT DI MALAYA DENGAN GAHNYA, TAPI JALAN BERALASKAN KAYU DI SABAH... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

SALAH satu syarat pemodenan perhubungan adalah jumlah pengguna atau jumlah rakyat. Lebuh raya dibina kerana ada pengguna berjuta, MRT atau LRT dibina kerana ada juga jutaan pengguna, demikian  kereta api laju, kerana ada jutaan pengguna.

Jalan raya menghubungkan antara pekan dengan pekan dibina, kerana ada ratusan ribu pengguna,  namun apabila  jalan kampung yang dibina bukan untuk menampung jutaan pengguna, akan tetapi hanya kemudahan laluan.

Piawaian atau "Standard" jalan kampung adalah untuk penjalan kaki atau kenderaan ringan, namun mereka yang tidak bertanggungjawab memasuki jalan itu, menggunakan kereta besar-besar, maka yang menjadi mangsa adalah orang-orang kecil yang memandu proton dan kancil. Jalan kampung, 100% akan rosak, jika kenderaan seperti "Ninja King" atau kereta 4 pacuan roda menggunakan jalan itu, apatah lagi lori.

Mengapa jalan kampung dibina tidak sama "standard" dengan lebuh raya atau jalan bandar? Sebabnya, kajian menunjukkan tidak ramai pengguna menggunakan jalan itu.  Apabila, jalan seumpama itu digunakan melebihi kapasiti jalan itu, maka ianya cepat rosak. Apabila rosak, maka lambat diturap semula, kerana jalan seumpama itu biasanya hanya mendapat peruntukan secara one-off, bukannya secara berkala.

Satu hari, mungkin dalam lingkaran waktu 50 tahun, seperti mana pengalaman Kuala Lumpur, maka jaringan perhubungan moden akan jua menyentuh jalan-jalan kampung, kerana masa itu, jutaan pengguna memerlukan  infrastruktur dan kemudahan seumpama itu.

Kalau pengguna facebook itu, teringin sangat jalan raya moden, maka tunggulah masa itu, ianya pasti akan dibina.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook