Latest News

Wednesday 26 July 2017

Ahli Umno Perlu Saman Tun Dr Mahathir Mohamad?


SEJAK tahun 1981 sehingga tahun 2003, Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad (kini Tun) memberi tahu ahli Umno termasuk rakyat negara ini, bahawa hanya parti Umno dan BN sahaja boleh memerintah negara, kerana gabungan berbagai parti itu, mengamalkan perkongsian kuasa antara rakyat berbilang kaum dan majmuk di negara ini seadil-adilnya.

Selama 22 tahun, ahli Umno dan BN serta rakyat negara ini dipesongkan oleh mantan Perdana Menteri itu. Kerana menurut beliau, apa yang beliau lakukan selama itu, hanya lakonan bertujuan agar beliau terus menjadi pemimpin 'aka' Perdana Menteri.

Di penghujung usia beliau, sesuai dengan doa Allahyarham Dato' Ustaz Haji Fadzil Muhammad Noor (Mantan Presiden PAS), agar mantan Perdana Menteri itu dipanjangkan usia. Supaya dapat menyaksikan kerosakan yang beliau lakukan terhadap negara dan rakyatnya semasa memerintah.

Oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan kerosakan yang beliau lakukan selama 22 tahun. Maka kini, beliau bertungkus-lumus, agar parti yang pernah memberi kuasa kepada beliau perlu ditumbangkan dan diganti dengan parti-parti yang boleh menyelamatkan rakyat dan Malaysia. Parti-parti yang dapat menyelamatkan rakyat dan negara ini, adalah parti-parti DAP, PKR, Amanah dan PPBM (parti yang diasaskan oleh beliau).

Parti DAP yang ditentang parti BN sejak penubuhannya, termasuk 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahaathir Mohamad merupakan tindakan salah. Sebabnya, menurut Mahathir parti DAP adalah parti yang seharusnya disokong rakyat negara ini, termasuk kaum Melayu dan rakyat beragama Islam. Sebabnya, Lim Kit Siang sendiri, mahir dan pakar berkaitan wahyu Allah yang dituangkan melalui Al-Qur’an. (Naauzubillah).

Sementara parti PKR pula, merupakan parti yang perlu dicontohi kerana parti berbilang kaum seperti mana cerminan rakyat negara ini. Bagi parti Amanah pula, adalah parti yang dikerumuni oleh orang-orang yang beramanah dan alim, termasuk menghalalkan menganggu isteri orang. Parti PPBM pula, adalah parti alternatif parti Umno, kerana perjuangan parti itu, kononnya sama dengan parti terbesar itu, sebelum Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadi presiden.

Menerusi pengakuan dan cara pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun, sehinggakan lebih 3 juta ahli Umno yakin bahawa hanya parti Umno sahaja bersama BN boleh memerintah negara ini. Malah penerimaan itu sudah mendarah daging, namun semuanya itu hanya tipu helah. Akibat tipu helah itu, maka hampir 10 juta rakyat negara ini terganggu emosi, termasuk ahli Umno, kerana tindakan mantan Perdana Menteri itu. Akibat pusingan U yang dilakukan mantan Perdana itu, maka ahli Umno tiada pilihan melainkan menyaman mantan Perdana Menteri itu, kerana menerusi alasan terganggu emosi selain tertipu. 

Menerusi undang-undang, memang terdapat hukuman bagi mereka yang menipu. Mahkamah akan menentukan denda atau hukuman yang setimpal, apatah lagi, jika dilihat bagaimana mantan Perdana Menteri terkait dengan berbagai skandal, termasuk pembunuhan beramai-ramai di Mamali, isu kerugian Forex, Isu BMF, Isu PKFZ, isu MAS, isu Proton, perwaja, PLUS malah perjanjian IPP yang sepihak. Tidak termasuk lagi, bagai mana Sabah dan rakyatnya dimiskinkan pada tahun 1985-1994.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook