Latest News

Friday 7 July 2017

Siapa Kata, Jufazli Shi Ahmad Tiada Kes?


SEHINGGA ke hari ini, tiada kenyataan daripada pihak yang bertanggungjawab berkaitan siasatan melalui akta hasutan seksyen 4 Akta Hasutan 1948; seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikenakan ke atas Jufazli Shi Ahmad, seorang pemuda berasal daripada Semporna yang mempergunakan media sosial untuk berbagai dakwaan terhadap Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Umno/BN Sabah.

Hanya ada satu kenyataan, itupun dipaparkan melalui laman facebook Jufazli Shi Ahmad pada 1 Julai dan kenyataan itu diulang siar oleh portal pro pembangkang Freemalaysiatoday.com bertarikh 3 Julai,2017.

Melalui tulisan pada page FB tersebut, pemuda itu menggaitkan PDRM sebagai kuda tunggangan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Selain itu, membuat dakwaan melibatkan Putrajaya dan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bersengkokol dengan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman melakukan jenayah merompak wang rakyat Sabah.

Melihat kepada posting baru pemuda itu, nyata sekali dia membuat dakwaan fitnah dan bohong, kerana sehingga ke hari ini, hanya dua perkataan yang dia suka gunakan “merompak” dan “jenayah” namun tiada satu dokumen pun yang dia boleh paparkan sebagai bukti. Dia bergantung kepada maklumat internet yang direkayasa oleh portal-portal luar negara, seperti Sarawak Reports dan laman sesawang Bruno Manser Fund (BMF), yang memang pun diketahui sebagai maklumat palsu dan bohong.

Ada dua pertimbangan, jika dilakukan saman fitnah terhadap pemuda ini, apakah dia mempunyai merit untuk disaman? Apa kapasiti dia mengundang untuk disaman? Apatah lagi yang menyaman itu adalah Ketua Kerajaan.

Jufazli adalah seorang pemuda yang mabuk kepada nama, pemuda ini menjadi “gila bayang” apabila dia gagal menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia, mewakili Sabah. Dia merasa yakin akan menang, kerana bersandarkan kepada akademik, kerana dia pernah mendapat gelaran pelajar terbaik bagi peperiksaan STPM. Selain itu, dia mempunyai "double degree" Sarjana Muda dan Sarjana. Berasaskan kepada kelayakan akademik itu, maka rasa mabuknya pada nama menyebabkan dia bernafsu mengejarnya, namun hakikat yang dia tidak boleh terima rakan sebayanya, iaitu belia tidak memberi merit langsung kepada latar belakang akademik itu dan dia gagal menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Oleh kerana sifat nafsunya pada nama, maka dia memilih Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai "punching bag" dengan harapan namanya menjulang. Benar juga, kerana tindakan dia itu, pihak polis menangkapnya, dan menyiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Apabila diteliti tulisan-tulisan di laman sosial, khususnya Facebook, kemudian tulisan-tulisan itu disiar oleh portal berita pembangkang, ianya berkisar pada perkataan “merompak” dan “jenayah” dan semua paparan yang dimuat naik hanya bersifat khayalan dan halusnisasi.

Sudah tentu, apabila siasatan dibuat tukang siasat bertanya, apa yang dirompak? Dan jenyah apa yang dilakukan? Pemuda itu, menuding pada laporan portal-portal seperti Sarawak Reports, dan dia sudah tentu memberi tahu pegawai penyiasat, bahawa dia hanya mengulang laporan-laporan itu.

Benar juga, jika diteliti apa yang dimuat naik oleh pemuda itu, ‘sebiji” dengan laporan-laporan palsu portal-portal luar negara. Namun, berasaskan kepada dakwaan terbaru pemuda itu, melalui laman facebook jufazli Shi Ahmad dengan mendakwa PDRM adalah kuda tunggangan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, maka dia sedang berhadapan dengan kes baru, yakni dengan PDRM.

Kata orang, rusa sentiasa lupa pada jerat, tetapi jerat tidak pernah lupa pada rusa. Menerusi dakwaan terbaru ini, rusa sudah masuk jerat. Tahniah Jufazli, kerana kegirangan dengan kenyataan sendiri, maka memerangkap diri sendiri.

Menerusi dakwaan terbaru ini, harap-harap 6 peguam yang kononnya menjadi peguam unggul, kerana telah menang sebelum bersabung  akan membuktikan, apakah pada kali ini, masih menang sebelum bersabung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook