Latest News

Friday 14 July 2017

Pengguna Facebook Itu, Ketinggalan Zaman

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Baiklah, dari zaman Mahathir dgn ISA... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

SIAPA kata Sabah masih negeri termiskin? Data terkini, kalau dilihat daripada penerima BR1M, rakyat Sabah yang termasuk penerima BR1M hanya 12%, Sarawak 27%, manakala Selangor 17%.

Pengguna facebook itu benar-benar ketinggalan zaman. Tahukah, kadar kemiskinan Sabah sekarang hanya pada tahap 4%, sementara mereka yang tergolong miskin tegar, lebih kurang 80,000 daripada 3.5 juta rakyat Sabah.

Pengguna facebook ini, sudah matikan akal dengan 'smartphone', dan otaknya hanya terletak dihujung jari, sehingga tidak mampu lagi bercakap betul.

Kepada pengguna facebook itu, jalan-jalanlah, sebab jauh perjalanan luas pandangan, jangan terperuk dengan cerita lama. Sebab kemajuan itu, bukan statik, tetapi terus berjalan. Ambil iktibar, pada bayi, menerusi waktu akan remaja, dewasa dan kemudiannya tua. Demikianlah kemajuan.

Kalau bercakap berkaitan PATI, buatlah sesuatu, bekerjasamalah, buat laporan kepada pihak berkuasa, jika ada PATI yang dikenal pasti. Jangan jadi angau, dan hanya berani di alam siber.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook