Latest News

Wednesday 12 July 2017

SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA SALAH?


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD sejak menjadi sebahagian daripada pembangkang, telah mengakui bahawa sistem pemerintahan negara ini adalah salah, sebab itu perlu diubah. Cara mengubahnya, maka parti yang memerintah negara ini sejak merdeka perlu diganti.

Mantan Perdana Menteri itu terang-terangan mengakui, bahawa tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pemerintahan mantan Perdana Menteri itu, adalah ciptaan kerajaan, dan seterusnya mahkamah hanya merupakan pelaksana kepada ciptaan kerajaan itu.

Oleh kerana kerajaan yang ada mewarisi sistem pemerintahan yang salah, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa untuk kedua kalinya, dan seterusnya mantan TPM itu terpaksa meringkuk dalam Penjara Sungai Buloh selama 5 tahun.

Sungguh malang bagi rakyat negara ini, selama 22 tahun, terpaksa mengikut sistem pemerintahan yang salah. Rupanya, mahkamah yang menjatuhkan hukuman kepada mereka yang kononnya didapati bersalah, bukanlah mengikut lunas undang-undang yang sebenarnya, akan tetapi sentiasa berkiblat pada skrip yang disediakan oleh "Governmant Of The Day", demikianlah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rupanya, perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula tahun 1998, di mana tilam-tilam diusung ke mahkamah, hanya merupakan babak-babak dalam skrip yang disediakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tujuan mengabui mata rakyat, bahawa Anwar memang terlibat dengan hubungan seks songsang, berzina dan sebagainya.

Berasaskan pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad, patut pun, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermatian-matian menafikan bahawa beliau terlibat terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada beliau.

Rakyat negara ini tahu, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh melakukan hubungan seks dengan lelaki dan berzina dengan isteri orang melalui sodomi I, namun mahkamah membebaskan beliau daripada semua tuduhan itu. Sebaliknya beliau hanya didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasa demi kepentingan dirinya.

Kini, melalui pengakuan Tun Dr Mahathir, menunjukkan bahawa mereka-mereka yang terlibat dalam pendakwaan, iaitu Jabatan Peguam Negara, pihak polis, rupanya hanya melaksanakan skrip sodomi I yang disedikakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim  pada tahun 1998.

Rupanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap, bahawa sodomi II, yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat, modus operandinya adalah sama dengan sodomi I. Sebab itulah, mantan Perdana Menteri itu memberi tahu rakyat termasuk rakyat asing, bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada mantan TPM itu adalah konspirasi kerajaan di bawah Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bagi menghalang pemimpin PKR itu bergiat dalam politik.

Apa yang tidak diberitahu oleh mantan PM itu, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bergiat dalam politik sejak beliau dibebas, malah menang melalui PRK Permatang Pauh pada tahun 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, malah menyertai PRU-13 dan menang di parlimen Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan saja bebas berpolitik sebelum dipenjarakan pada 7 Mac 2014, akan tetapi sempat merancang Langkah Kajang untuk menjadikan beliau Menteri Besar Selangor.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai parti-parti pembangkang (Pakatan Rakyat) pada PRU-13, di mana PRU itu merupakan IBU kepada semua pilihan raya di negara ini. Seperti yang telah diketahui, bahawa keputusan PRU itu, PR mendapat 89 kerusi Parlimen, sementara BN 133 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menafikan, bahawa PRU-13, merupakan peluang terbesar parti-parti pembangkang merampas Putrajaya, akan tetapi "governmnet of the day" tidak bertindak pun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan tetapi berdepan dengan mantan TPM itu dalam pesta demokrasi.

Mantan PM itu, sudah tentu maklum, bahawa pada PRU-13, bukan sahaja BN gagal mendapatkan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, akan tetapi kehilangan undi popular. Apa makna keadaan itu? Gpvernment of the day, tidak pernah menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpolitik, sejak dibebaskan daripada penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.

Adalah tidak lojik, pemimpin yang tewas dalam pesta demokrasi, kemudian diambil tindakan untuk menghalang kegiatan dalam politik. Bagi BN, kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang telah kalah di medan pertempuran yang amat sengit, dan pertempuran sengit itu sudah reda, dan tidak akan berulang lagi dalam masa yang dekat, apatah lagi pada PRU-14.

Tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui sodomi II, bukan bermula pada era Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, akan tetapi pada era Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun). Hukuman dijatuhkan pada era Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, atas sebab panjangnya perbicaraan itu. 

Kerajaan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tidak mempunyai apa-apa keterkaitan atau kaitan dalam sodomi II, kerana kes itu, semata-mata antara bekas kakitangan dan majikan. Mangsa sodomi II, tiada kaitan dengan kerajaan, kerana bukan pun kakitangan kerajaan, akan tetapi kaktangan mantan TPM itu sendiri.

Menerusi pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa sistem pemerintahan yang beliau warisi menggunakan sistem pemerintahan yang salah, hanya dakwaan beliau untuk menjustifikasikan tindakan beliau merampas Putrajaya daripada BN, kononnya untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook