Latest News

Thursday 20 July 2017

Strategi DAP

TERGAMBARKAN sangat strategi DAP mahu memecahkan undi Melayu di Semenanjung, melalui saf kepimpinan Pakatan Harapan. DAP hanya akan menjadi "kingmaker", apabila Melayu berpecah pada PRU-14.  

Kalau mlihat kerusi yang dimenagi parti UMNO, 88 kerusi dan PAS 21, ertinya kawasan majoriti Melayu adalah 109 tidak termasuk di Sarawak, dan kalau mengambil kira kerusi kaum Melayu dimenangi PKR ialah 8, maka kawasan majoriti Melayu secara keseluruhan 117, maknanya, kalau ditilik-tilik, kaum Melayu boleh membentuk kerajaan Persekutuan secara besendirian.

Berasaskan kepada fakta itulah, DAP kalau mahu menjadi tulang belakang parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan, perlu memecahkan undi kaum Melayu sekurang-kurangnya menjadi dua kelompok, iaitu kelompok BN (UMNO) dan (PPBM, Amanah dan PKR  serta PAS).

DAP yakin, akan menang 54 kerusi Parlimen kawasan Cina dan kawasan campuran (jika undi kaum Melayu benar-benar pecah). Membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah hanya memerlukan 112, ertinya DAP hanya perlu 58 kerusi parlimen yang disumbangkan oleh PPBM, PKR dan Amanah.

Melihat saf kepimpinan Pakatan Harapan, dimana "top gun" adalah Melayu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (isteri Anwar Ibrahim), menunjukkan, strategi DAP benar-benar menjadi ikutan.

DAP hanya mempunyai matlamat membentuk Kerajaan Persekutuan. Melalui strategi memecah undi kaum Melayu, maka DAP akan bertindak, jika parti PAS masih tidak bergabung dengan Pakatan Harapan, maka akan mendesak, membiarkan parti berlogo bulan itu, bertembung satu lawan satu dengan BN di negeri-negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan, dengan persetujuan parti PAS pula bersetuju kebanyakan calon-calon Pakatan Harapan akan bertembung satu lawan satu dengan BN di Peringakat Parlimen.

Rakyat negara ini, akan menjadi pengadil, jika pada PRU-14, parti PAS tidak meletakkan 140 calon di 140 kawasan parlimen, ertinya, DAP telah berjaya memperkudakan parti itu, bagi mencapai strateginya.

Jika itu berlaku, maka DAP khususnya Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, bukan sahaja dapat memperkudakan parti-parti kaum Melayu, akan tetapi dapat menjadikan para pemimpinnya seperti kerbau dicucuk hidung.  

Sebenarnya pemimpin Pakatan Harapan, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari perkara itu, akan tetapi demi tujuan peribadi, mereka sanggup melaksanakannya.

Kalaulah menjadi kenyataan bahawa negara ini, diperintah dengan mempertunjangkan DAP, maka bersiaplah menjadi rakyat kelas kedua.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook