Latest News

Tuesday 18 July 2017

Taklid Buta Pentaksub Pembangkang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mama bilang kalau naik haji itu wangnya mesti halal... Oleh FB Ismaily Bungsu  (screenshot)

ISMAILY Bungsu, berhujah menggunakan agama Islam, maknanya, sasaran 'posting' adalah mereka yang beragama Islam.  Oleh kerana, hujah berasaskan agama Islam, maka perlu juga dijawab menggunakan agama Islam.

Kalau benarlah dia (Ismaily) seseorang yang mengerti berkaitan agama Islam, sudah tentu, menggunakan prinsip agama Islam. Namun, apa yang didakwa dan diakui bukan berasaskan agama, akan tetapi menerima sepenuhnya, dakwaan orang lain, khususnya daripada mereka yang bukan beragama Islam, ertinya dia menerima seluruh hujah pihak lain secara taklid buta.

Ismaily tidak dapat mengemukakan saksi 4 orang, yang benar-benar mengetahui bahawa wang yang digunakan untuk bakal-bakal haji tajaan 1MDB adalah wang curi. Kedua, Ismaily langsung tiada pengetahuan berkaitan 1MDB, kerana bukan pun kakitangan atau pegawai yang bertugas pada agensi itu, atau tidak pernah terlibat langsung di antara mereka yang ditugaskan memeriksa syarikat berkaitan kerajaan itu.

Ismaily mengaku sebagai Tuhan? Sebab itu mengatakan bahawa bakal-bakal haji yang ditaja 1MDB tidak akan dapat haji mabrur, malah terpalit dengan dosa. Oleh kerana, dia mengaku sebagai Tuhan, maka menurut agama Islam, bukan sahaja dia telah menjadi murtad, akan tetapi telah menyekutukan Tuhan, maka hukumannya adalah neraka jahanam.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook