Latest News

Wednesday 12 July 2017

Tidak Benar Seperti Apa Yang Didakwa

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Nothing New... Oleh FB Junz Wong (screenshot)

JIKA benarlah, bahawa FELDA hanya mengalokasikan atau memperuntukkan 100,000 hektar kepada peneroka daripada 400,000 hektar tanah kerajaan yang diberikan kepada agensi itu, maka semua pihak perlu menyokong untuk meneliti kembali syarat-syarat perjanjian antara FELDA dengan Kerajaan Negeri.

Sabah mempunyai "Ordinan Tanah" sendiri dan berkuasa atas tanah kerajaan negeri, atas sebab itu, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengkaji perjanjian dengan FELDA. Apatah lagi, jika benar dakwaan terdapatnya 300,000 hektar daripada tanah itu tidak memberi manfaat kepada peneroka.  Peneroka adalah rakyat Sabah, yang sepatutnya mendapat pulangan daripada tanah yang diluluskan oleh kerajaan negeri kepada agensi persekutuan itu.

Jika benarlah, terdapatnya 300,000 hektar tanah dalam gugusan FELDA Sabah, belum diberikan kepada peneroka, maka AFS yakin kerajaan negeri sudah lama bertindak.  Namun, berasaskan data lapangan, setiap peneroka memang diberikan 15 ekar, atas nama peneroka tersebut. Manakala, keluasan yang bukan atas nama, para peneroka mempunyai saham daripadanya, maknanya, setiap hasil daripada 300,000 hektar tersebut, peneroka mendapat dividen. Keluasan 300,000 hektar itu diusahakan secara komersial, bagi menjana pendapatan agensi itu, bagi tujuan pembinaan atau penyelenggaraan infrastrukutur sekolah-sekolah selain membayar gaji pengurusan.

Gugusan FELDA perlu dilaksanakan secara komersial, jika tidak, maka pulangan hasil daripada tanah tidak akan diperolehi secara maksimum dan optima. 


Mengurus ladang kelapa sawit, memerlukan para pekerja yang ramai, pembelian input-input pertanian seperti baja dan racun. Sebab itu, mengurus kawasan seluas 300,000 hektar memerlukan pengurusan yang lebih mantap dan efisen.

Siapapun yang terlibat mengurus ladang seluas 300,000 hektar, perlu juga melalui apa yang dilakukan FELDA yakni mengurus peladangan itu secara komersial.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook