Latest News

Tuesday 11 July 2017

UMNO Adalah Parti, Itupun Tidak Tahukah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Malangnya Cawangan Umno... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MEMANG asalnya parti UMNO hanya untuk kaum melayu, namun berasaskan perkembangan zaman dan politik, maka parti UMNO mengubah perlembagaannya, memasukkan kaum SIAM di Semenanjung dan kaum BUMIPUTERA di Sabah sebagai sebahagian daripada kumpulan yang diwakili parti itu.

Siapalah pengguna facebook itu yang mengaku bernama Jeganathan Nair dan Doris Jones bercakap soal-soal UMNO, sedangkan lebih 560 ribu rakyat Sabah merupakan ahli UMNO. Mereka itu, melukut pun tidak tidak sampai kategorinya berbanding keahlian UMNO Sabah. Pengguna facebook itu, tidak berbaloi bercakap berkaitan pendirian ahli-ahli parti UMNO di Sabah.

Dua orang kutu itu, tidak dapat menerima bahawa keahlian sesebuah parti adalah sukarela, kerana parti merupakan tempat untuk memperjuangkan pendirian politik. Sabah merupakan negeri yang teramai ahli UMNO di negara ini, kerana mereka yang menyertai parti itu, dapat merasakan bahawa melalui parti UMNO nasib mereka sangat terbela.

Siapalah dua pengguna facebook bagi lebih 560 ribu ahli UMNO Sabah. Mereka itu, bagaikan rumput tepi jalan hidup segan mati tak mahu. Kalaulah dua pengguna facebook itu, menyertai pesta demokrasi misalnya dalam pilihan raya, bukan sahaja hilang deposit, akan tetapi ada pengundi yang meludah ke muka mereka, kerana menganggap mereka itu, hanya pengacau dan perosak.

UMNO adalah sebuah parti politik. Mereka yang menyertainya, sudah tentu merasakan manfaat yang diperolehi melalui penyertaan mereka dalam UMNO. Sebab itu, semua kawasan yang ditandingi UMNO sejak tahun 1994, dimenangi calon-calon parti itu. Demikian juga parti Barisan Nasional Sabah yang ditunjangi UMNO melalui tiga Pilihan Raya Umum, tahun 2004, 2008 dan 2013, semuanya dimenangi degan kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri. Keadaan itu akan juga diteruskan pada PRU-14 akan datang. Maknanya, apa sahaja dakwaan pihak-pihak tertentu seperti Doris Jones apatah lagi pengguna facebook yang mengaku bernama Jeganathan Nair, sedikit pun tidak akan mempengaruhi pendirian para penyokong parti UMNO.

Pengguna facebook itu, hanya tahu membuat dakwaan di laman sosial dan kosong sumbangan kepada rakyat dan negeri Sabah. Mereka itu, bagai sampah busuk lagi membusukkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook