Latest News

Monday 3 July 2017

Sudah Kehausan Modal Kah Bangkitkan Hal Palsu Libatkan Ketua Menteri?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman kebal undang-undang... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
JABATAN Kehakiman Negara Switzerland, menerima satu dakwaan daripada Bruno Manser Fund (BMF), kononnya Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyimpan wang berjumlah AS$90 juta pada UBS perbankan negara itu, berasaskan kepada dakwaan itu. Mahkamah membuat keputusan agar UBS menyerahkan urus niaga berkaitan Ketua Menteri kepada Jabatan Peguam Negara, arahan mahkamah itu berlaku pada tahun 2014, iaitu tiga tahun lepas.

Oleh kerana, UBS tidak mempunyai rekod berkaitan urusniaga dengan DSP Musa Haji Aman, termasuklah rekod berkaitan wang simpanan Ketua Menteri Sabah itu pada bank tersebut, maka sehingga kini, tiada rekod yang dapat dikemukakan oleh bank tersebut kepada Jabatan Peguam Negara, di negara tersebut.

Kepada pembaca, bagi penjelasan berkaitan kedudukan BMF, antara lain adalah satu tindakan oleh seorang warga Swiss yang bernama Bruno Manser yang menyeludup di pedalaman Sarawak dan bergaul dengan kaum Penan, semata-mata untuk mempertahankan agar kaum itu tidak dimajukan oleh kerajaan, sebaliknya membiarkan kaum itu hidup terbelakang, tanpa sentuhan pembangunan atau dunia luar.

Oleh kerana kerajaan Sarawak memajukan kawasan-kawasan hutan yang di mana terdapatnya kaum penan, maka warga Swiss itu membuat propaganda, kononnya penebangan hutan dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak masa itu, Tan Sri Taib Mahmud, dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak itu mengamalkan rasuah. Kerana kayu kayan yang ditebang tidak masuk ke akaun negeri, sebaliknya ke akaun perbadi Ketua Menteri Sarawak itu.

Bertahun-tahun usaha warga Swiss itu membuat dakwaan terhadap Abdul Taib Mahmud, bukan sahaja melibatkan jaringan media barat, akan tetapi termasuk juga perbankan Switzerland. Namun, semua usaha Bruno gagal. Oleh kerana gagal terhadap Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, maka dia beralih kepada Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, dengan dakwaan-dakwaan serupa.

Mengapa Datuk Seri Panglimna Musa Haji Aman berdiam terhadap dakwaan Bruno itu? Sebabnya, dakwaan itu tiada asas, kerana Sabah tiada urusniaga yang membabitkan negara Swiss. Apabila tiada urusniaga terlibat, maka tiada keharusan membuka akaun bank milik negara itu.

Sebagai catitan, sejak Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri, penebangan balak telah dibekukan, malah bermula tahun 2006, tiada lagi lesen pembalakan diberikan oleh kerajaan Negeri. Selain itu, kuasa pemberian kawasan balak, bukan lagi di tangan Ketua Menteri seperti sebelumnya, akan tetapi diserahkan kepada Dewan Undangan Negeri Sabah.

Statistik Eksport balak Sabah sejak beliau dilantik ke jawatan Ketua Menteri menjunam dengan drastiknya, kerana Sabah tidak lagi mengeksport balak. Sebaliknya, balak milik Yayasan Sabah digunakan sebagai bahan industri dalam negeri, ertinya yang dieksport adalah produk kayu-kayan, bukannya “log” seperti mana dakwaan pihak BMF.

Pendapatan Sabah daripada sumber kayu kurang daripada RM200 juta setahun atau mengikut kadar sekarang hanya berlegar-legar pada AS$46.5 juta setahun.

Adalah tidak masuk akal, bagaimana Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menjual kayu balak tanpa rekod dalam negeri, kerana setiap barangan eksport perlu melalui kastam.  Bolehkah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyorok kayu yang beliau jual?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook