Latest News

Tuesday 4 July 2017

YB Pun Tidak Faham Pasal Tarif Elektrik

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) If Ongkili really cares about getting cheaper electricity tariffs for Sabahans... Oleh FB Page Junz Wong (screenshot)

PENENTUAN tarif elektrik sangat bergantung kepada bekalan elektrik. Bagi bekalan elektrik yang berasaskan kepada minyak dan gas, tiada cara bekalan elektrik dimurahkan atau diturunkan, kerana ianya bergantung kepada harga bahan api tersebut.

Namun, bagi bekalan elektrik yang bersumberkan tenaga air, seperti di Sarawak, tarif eletrik boleh dimurahkan, dengan pengertian jangka masa untuk pulangan modal bagi membina janakuasa hidro itu dipanjangkan. Ertinya pembina janakuasa itu, diberikan tempoh yang sangat panjang sebelum menyerahkan janakuasa itu kepada kerajaan. Berlainan dengan janakuasa yang digerakan oleh minyak dan gas, tiada penentuan mudah yang boleh dilaksanakan. Atas sebab, jika tarif dimurahkan maka kerajaan perlu memberi subsidi yang tinggi bagi menampung kos. Sekiranya pendekatan itu dilaksanakan, maka kerajaan terpaksa mengorbankan dana untuk pembangunan.

Kerajaan yang berdaya maju, seboleh-bolehnya mengelak pemberian subsidi, terutama bagi kemudahan seperti penggunaan tenaga elektirik, kerana tenaga yang digunakan, bukannya “renewable” sebaliknya hangus tidak boleh dikembalikan.

Berkaitan dengan tarif murah bagi janakuasa yang digerakkan oleh tenaga air, tidak bergantung pada siapa yang mempunyai saham terbesar bagi janakuasa itu. Sebaliknya, tempoh konsensi itu, semakin panjang konsesi diberikan, maka tarif elektrik boleh dimurahkan aatu diturunkan sepertimana dilakukan oleh Kerajaan Sarawak.

Bagi kerajaan menyediakan tarif murah bagi penggunaan tenaga elektrik merupakan keutamaan, sebab itulah semua sumber tenaga diambil kira termasuk pembinaan janakuasa yang digerakkan air di Ulu Padas. Junz Wong, janganlah jadi “penasihat terlambat” kerana sebelum pun janakuasa Ulu Padas diumumkan pembinaannya, perancangan kerajaan untuk membina janakuasa itu adalah bertujuan untuk menentukan tarif murah bagi penggunaan tenaga di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook