Latest News

Tuesday 1 August 2017

Kenyataan Memakan Diri Terhadap Bekas Menteri KKLW

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa picking a fight with Shafee will backfire because the CM... Oleh FB Geromino  (screenshot)

KENYATAAN Setiausaha Agung parti Warisan Sabah, Loretto S Padua Jr bagi membidas ucapan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tuaran hujung minggu lalu, yang dilaporkan media online pro pembangkang, berkaitan tiang-tiang elektrik di Tongod. Sebenarnya membawa pengertian bahawa projek-projek yang dikendalikan KKLW semasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerajui Kementerian itu, tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Kerajaan negeri tahu, demikian juga kerajaan Persekutuan tahu, bahawa setiap Projek yang dilaksanakan KKLW merupakan SATU PAKEJ YANG LENGKAP. 

Kalau berkaitan elektik, maka bukan sahaja menyediakan tiang-tiang, akan tetapi pendawaian juga sebahagian daripada pakej. Selain itu, sebelum tiang-tiang  diberdirikan berserta dengan pendawaian, projek itu wajib mendapat kelulusan daripada Lembaga Elektrik sebagai penjana tenaga. Namun, apa yang berlaku, kebanyakkan projek yang dilaksanakan KKLW  semasa Mohd Shafie Apdal masih menteri, tidak dijalankan menurut perancangan Lembaga elektrik Sabah, sebaliknya, projek-projek itu, semacam projek HANTU, tidak diketahui untuk siapa, siapa pengendali dan siapa pelaksana.

Kenyataan Loretto S Padua Jr itu mengesahkan, bahawa memang betul, selama Shafie Apdal menjadi menteri bagi sebarang kapasiti termasuk Menteri KKLW, tidak pernah berbincang dengan kerajaan Negeri. Bayangkan kerajaan negeripun, beliau tidak bawa berbincang, apa status SESB dibawa berbincang oleh Mohd Shafie Apdal!!!!.

Sebenarnya, sebab musabab, mengapa Mohd Shafie Apdal enggan berbincang dengan sesiapa sahaja di peringkat negeri berkaitan projek-projek KKLW, supaya kroni-kroni beliau selamat daripada pemantauan kerajaan negeri, seperti mana yang berlaku pada Jabatan Air Sabah. Apabila pemantauan tiada, maka dengan sewenang-wenangnya para kroni Shafie mengaut keuntungan luar biasa.  Lihat sahaja bagai mana kayanya, orang-orang di sekeliling Mohd Shafie Apdal, seperti Peter Anthony, Aziz Jamman, tujuh generasi, kekayaan mereka tidak akan habis.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook