Latest News

Tuesday 1 August 2017

Alahai Merepeknya Loretto S Padua Jr


1.  Loretto S Padua Jr, sebelum menyeratai Parti Warisan Sabah, terlebih dahulu menyertai PKR selepas kumpulan mereka dalam parti LDP kehilangan kedudukan, apabila kumpulan Datuk Teo Chee Kang mengambil alih.

2.  Melihat kepada latar belakang  Setiausaha Agung Parti Warisan itu, terlihat benar, bahawa dakwaan-dakwaan terhadap parti Barisan Nasional termasuk pemimpinnya khususnya Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, merupakan dakwaan-dakwaan yang dibuat-buat untuk maksud politik.

3.  Oleh kerana Loretto S Padua Jr sudah merupakan sebahagian daripada pembangkang, maka pendekatan perlulah mengguna pakai pendekatan pembangkang.

4.  Pendekatan pembangkang ada dua. Pertama, memfitnah dan berbohong untuk mendapatkan sokongan. Jika fitnah dan bohong tidak berimpak atau berkesan, maka pendekatan kedua, mengelirukan rakyat.

5.  Tulisan Borneotoday.net bertarikh 31 Julai yang membawa tajuk “Under Musa”s Tenure, Sabah Listed as the poorest state by World Bank” hanya tajuk gimik, untuk menarik perhatian pelayar media alternatif. Sebabnya, arikel itu hanya menulis kononnya kenyataan Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah, yang memuji-muji Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

6.  Penulis ingin membuat pencerahan berkaitan kadar kemiskinan Sabah serta kemampuan kewangan Sabah sebelum dan selepas Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah.

7.  Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac 2003.

8.  Kadar kemiskinan Sabah pada tahun 2004 lebih 30%, pada tahun 2009 turun sedikit ke paras 19.8%. Pada tahun 2012, kadar kemiskinan Sabah 8.1% dan tahun 2016, berlegar-legar pada 4%.

9.  Indikator untuk melihat jumlah rakyat yang berada dalam kelompok B40, adalah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).  Untuk tahun 2017. jumlah penduduk/ketua Keluarga rakyat Sabah menerima BR1M adalah 424,000.00 Jumlah itu merupakan 12% daripada penduduk Sabah.  Sarawak pada tahun yang sama, 780,000.00 penduduk Bumi Kenyalang itu menerima BR1M. Jumalah itu adalah 26.3% penduduk negeri jiran itu. Sementara di Selangor yang dikatakan negeri terkaya, jumlah penerima BR1M adalah 1.07 juta atau 17% daripada penduduk negeri itu.

10.  Simpanan kewangan Sabah sebaik sahaja Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri berjumlah RM184 juta. Sejak tahun 2010, simpanan kewangan Sabah berlegar-legar pada angka RM3 bilion.

11.  Tahun 2016, Bajet Sabah RM3.88 bilion, namun bajet Kerajaan Selangor RM1.6bilion. Maknanya, bajet negeri terkaya di Malaysia hanya separuh daripada negeri Sabah.

12.  Laporan Bank Dunia tahun 2016, telah memuji Malaysia kerana berjaya menurunkan kadar kemiskinan, di mana dalam laporan itu secara spesifik menyeneraikan Sabah sebagai sebuah negeri yang sangat pantas menurunkan kadar kemiskinan.

13.  Pembangunan Sabah sejak tahun 2003 cukup pantas. Fakta kemajuan itu dapat dilihat di mana-mana, termasuklah berdiri meganya Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Teluk Likas.  Besar kemungkinan Loretto S Padua Jr yang tinggal di sekitar Likas dan Sulaman, sejak menjadi pembangkang menggunakan cermin mata atau kanta mata, yang boleh menukar keadaan, daripada besar kepada sekecil kuman, sebab itu, SANGGUP membuat kenyataan bukan berasaskan kebenaran atau fakta sebenar, akan tetapi kenyataan yang bertujuan mengelirukan, sepertimana tajuk artikel itu.

14.  Kalau lah ada undang-undang yang boleh diguna pakai, berkaitan tajuk artikel itu, maka ramai yang menyaman tajuk itu, kerana menafikan pembaca dengan tulisan yang sepatutnya, pembaca dapat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook