TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Tangki biru sudah mari. Undilah UMNO-BN... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
Program pemberian Tangki Air berwarna biru, merupakan program kerajaan sejak bertahun-tahun, untuk diagihkan kepada penduduk yang layak. Pemberian tangki air itu, hanya kebetulan berwarna biru, dan ianya tiada kaitan dengan logo BN yang berwarna biru.
Dalam rekod pengagihan tangki itu, tidak
semestinya mereka yang mendapat adalah penyokong kerajaan, sebaliknya
semua rakyat yang layak.
Tangki air merupakan keperluan rakyat
untuk menampung air. Memang tangki seumpama itu boleh dibeli di
mana-mana kedai hardware, namun, ada juga rakyat tidak mampu
membelinya.
Atas usaha parti BN bersama pemimpinnya, maka
dikumpulkan sumbangan daripada syarikat-syarikat korporasi dan
sumbangan itu digunakan untuk membeli tangki dan seterusnya diberikan
kepada penduduk yang memerlukan.
Selagi ada sumbangan daripada
badan-badan tertentu untuk tujuan pembelian tangki air itu, maka
selagi itu, akan dapat dilihat, tangki itu diangih-agihkan.
Sebenarnya pengagihan tangki itu berlangsung setiap masa, tanpa
melihat apa kah pilihan raya akan dekat, kerana pengagihan itu sangat
bergantung kepada sumbangan.
Pembelian tangki biru, bukan wang
kerajaan, kerana peruntukan untuk itu tidak pernah tersenarai dalam
sebarang bajet kerajaan.
Salah kah, para pemimpin BN yang
mampu meyakinkan penyumbang untuk membeli tangki biru?
0 comments:
Post a Comment