1. Apabila manusia tidak mahu menerima takdir, maka sesuatu yang
berkaitan dengan takdir dimanipulasi malah dijadikan isu politik.
2.
Tragedi MH370 dan MH17, cuba dikaitkan dengan Dato Seri najib Razak,
dengan dakwaan, atas sebab Perdana Menteri ke-6 itu menjadi Perdana
Menteri, maka dua kemalangan udara itu berlaku.
3. Datuk Seri
Najib tidak mengambil pendekatan mengkambing hitamkan pihak lain
berhubungan dengan tragedi itu, tidak sama dengan tragedi 9/11,
runtuhnya Twin Towers New York, kononnnya dilakukan oleh pengebom berani
mati ekterimis islam, khususnya kumpulan Al-Qaeda.
4. Datuk
Seri Najib sebagai seorang penganut agama islam, menerima tragedi itu
sebagai suratan takdir, dan kemalangan seumpama itu boleh berlaku di
mana-mana.
5. Tragedi kapal terbang terhempas, ditembak jatuh
bukan kejadian yang pelik, malah berdekad lamanya, masyarakat dunia
menyaksikan berpuluh-puluh kemalangan telah berlaku.
6. Dengan
kemudahan google, sesiapa sahaja boleh mengakses dan mengetahui, pesawat
negara mana terhempas, ditembak jatuh, dan apa yang pasti
pesawat-pesawat negara maju seperti Amerika, Perancis Great Britin,
Russia, China, Jepun, Korea Selatan, malah di negara jiran Singapura,
Indonesia, Thailand, Filipina, telah mendapat musibah serupa.
7.
Mengapa tragedi seperti MH370 dan MH17 dikaitkan dengan Najib?
sebabnya, rakyat Malaysia kekurangan isu yang boleh memalitkan Perdana
Menteri ke-6 negara itu.
8. Memang benar, banyaknya isu-isu
dalam negara yang berlaku, yang disebabkan oleh karenah pihak lain,
antara lain isu-isu rasuah, isu-isu penipuan, isu-isu penyelewengan,
yang disebabkan oleh pihak-pihak tertentu yang diwarisi daripada
pemerinatahan terdahulu.
9. Mereka yang melakukan jenayah
rasuah, penyelewengan adalah mereka yang telah lama bertugas sebelum
Dato Seri Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri. Perbuatan
jenayah mereka terbongkar dan terdedah, semasa pemerintahan beliau.
Daripada segi lojiknya, mengapa DS Najib dipersalahkan, sedangkan budaya
sedemikian hanya diwarisi? Seharusnya, rakyat berterima kasih, kepada
Perdana Menteri ke-6 itu, kerana di masa pemerintahan beliau,
perkara-perkara jelek terbongkar dan terdedah.
10. Seorang
aktivitis politik UMNO telah menyeneraikan 72 isu negatif terdedah dan
terbongar semasa pemerintahan DS Najib Razak. Seharusnya, kita perlu
bertanya, mengapa semasa pemerintahan Perdana Menteri ke-6 itu, isu-isu
sedemikian terbongar atau berlaku? Selain takdir, dan kesilapan
manusia, 68 isu negatif yang terbongar dan terdedah itu, merupakan
perbuatan individu-individu tertentu yang diwarisi pemerintahan Dato
Seri Najib.
11. Mengambil iktibar kepada perbuatan-perbuatan
jelek yang terbongkar, mungkin sudah tiba masanya, setiap penggantian
Perdana Menteri, maka perlu diikuti penggantian kakitangan, kerana
pemimpin yang mengambil alih terpalit dengan perbuatan buruk kakitangan
yang diwarisi, seperti kata peribahasa, lain yang makan nangka lain pula
yang kena getah.
12. Bagi mereka yang dilantik semasa Dato Seri
Najib, umpamanya perlantikan Tan Sri isa Samad yang terpalit dengan
skandal Felda, merupakan diluar kawalan beliau, kerana kedudukan Isa
dalam segi pengelaman politik, hampir setara dengan pengelaman Peradana
Menteri ke-6 itu. Jikapun berlaku, salah laku, ianya bukan atas kawalan
Perdana Menteri. Rakyat kena berfikir matang dan telus, meskipun DS
Najib Razak merupakan Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai kuasa
segala-galanya, namun, apabila berlaku sesuatu yang jelek, maka beliau
ikut terpalit.
13. Biarpun beliau ikut terpalit, namun, rakyat
kena faham, ianya bukan atas kuasa beliau, akan tetapi atas kedudukan
beliau sebagai pemimpin nombor satu.
0 comments:
Post a Comment