1. Kekuatan parti Umno bukan seperti dalam Filem P. Ramlee, Nujum Pak
Belakang, di mana dalam filem itu, satu teka teki yang bertanyakan di
mana kekuatan “TUAH”.
2. Kekuatan UMNO sehinggakan parti itu
relevan sehingga kini, kesatuan dan bergerak sebagai satu pasukan di
semua peringkat, baik di peringkat pemimpin sehinggakan ke peringkat
akar umbi.
3. Memang berlaku, cha keting dalam parti, namun
keadaan itu mudah diatasi, kerana tarbiah ahli parti yang mengutamaka
kebersamaan dan kesatuan.
4. Amalan ahli parti yang berkiblat
pada parti, dengan motto pemimpin hilang berganti, terlihat bagai mana
ahli parti sentiasa setia kepada puncuk pimpinan semasa parti.
5.
Tindakan para mantan pemimpin parti yang melawan parti, tidak akan ke
mana-mana, kerana mereka itu tidak akan disertai akar umbi parti.
6.
Kini terlihat sangat, bahawa tindakan para mantan pemimpin parti yang
menyertai kubu pembangkang, hanya disokong oleh penyokong pembangkang,
yang sememangpun pembangkang.
7. Mereka yang bukan ahli Umno,
boleh sahaja membuat berbagai dakwaan negatif terhadap parti, namun
untuk diketahui, setiap dakwaan negatif pada parti menjadi pendorong
kepada ahli untuk merapatkan saf, dan seterusnya membentuk pasukan yang
kukuh.
0 comments:
Post a Comment