Latest News

Monday 14 August 2017

Apa Tugas Pegawai Daerah Sebenarnya?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Seems like Penampang folks are very angry with the DO... Oleh FB Page Ini Sabah Bah (screenshot)

1.  Tugas Pegawai Daerah ada dua iaitu memastikan projek-projek atau program-program kerajaan berjalan dengan sempurna sesuai dengan peruntukan yang diberikan, manakala tugas kedua Pegawai Daerah adalah merancang pembangunan daerah bersama wakil-wakil rakyat.

2.  Penyelenggaran sebarang kemudahan awam di peringkat daerah  sebenarnya diurus dan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan. Jika berkaitan dengan jalan raya, maka  Jabatan Kerjaraya (JKR) yang bertanggungjawab, jika berkaitan air, maka Jabatan Air yang bertanggungjawab dan demikianlah seterusnya.

3.  Dan, jika pada sesuatu daerah, di mana kemudahan asas itu termasuk dalam kawasan Majlis Daerah (Majlis Kerajaan Tempatan), maka tugas-tugas penyelenggarannya dilaksanakan oleh agensi tersebut.

4.  Jika sesebuah kampung atau kawasan di sesebuah daerah yang ditadbir urus oleh Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bermakna  kawasan itu  bukan di bawah kuasa MKT tetapi di bawah kuasa Pegawai Daerah. Apabila ia di bawah kuasa Pegawai daerah, maka agensi pelaksananya adalah JKR atau agensi-agensi kerajaan lain.

5.  Jika sesebuah jalan raya perhubungan di sesebuah kampung perlu diselenggara kerana mengalami kerosakkan  sepatutnya pihak JKKK memaklumkan atau memohon terus kepada pihak JKR dan dimaklumkan kepada Pegawai Daerah.  Jika JKKK terus membuat permohonan melalui Pegawai Daerah sekalipun, Pegawai Daerah itu akan memanjangkan surat permohonan itu kepada JKR untuk tindakan lanjut. 

6.  Setiap Pengerusi JKKK sudah diberi kursus bagaimana mereka berhubung dengan kerajaan, termasuk aliran perhubungan. Jika  ada JKKK yang membuat dakwaan bahawa Pegawai Daerah tidak menjalankan tugas, bermakna JKKK itu  bukan lagi bertindak sebagai agen kerajaan, akan tetapi sudah masuk ke gelanggang politik. Dengan kata lain, pihak JKKK itu tidak mengikut aliran tugas seperti mana digariskan.

7.  Kepada masyarakat awam, apa yang anda perlu tahu adalah sebarang permohonan penyelenggaran ianya perlu melalui JKR, kerana jabatan inilah yang menyediakan peruntukan, bukannya pegawai daerah. Pegawai Daerah sebenarnya sebagai pengerusi atau kordinasi kepada agensi-agensi kerajaan, kecuali bagi tujuan-tujuan mendesak, Pegawai Daerah boleh memohon terus kepada kerajaan melalui kementerian-kementerian sedia ada.

8.  Mempolitikkan penyelenggaran jalan raya dengan menyalahkan Pegawai Daerah  sebenarnya tidak akan kemana-mana  kerana jelas cara tersebut tidak wajar serta tidak mengikut peraturan kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook